Masih Dikaitkan Dengan Suami Shila Amzah, Penyanyi Dalia Farhana Kata .. -“Jujurnya, Sekarang Ni Saya..”

Hiburan

Masih Dikaitkan Dengan Suami Shila Amzah, Penyanyi Dalia Farhana Kata .. -“Jujurnya, Sekarang Ni Saya..”

Penyanyi Dalia Farhana berkata, dia tidak kisah jika anda yang masih mengaitkan dengan suami Shila Amzah, pensohor media sosial Ubai di belakangnya pada ketika ini.

Ujar Dalia yang juga pelantun lagu Langit Yang Sama ini, dia tidak mempunyai kuasa untuk menutup mulut orang ramai yang tidak berhenti menabur fitnah dan bercakap belakang.

Advertisement

Katanya lagi, dia sudah terasa lelah apabila dikaitkan namun kini sudah lali dan okey sahaja.

Saya perasan kalau kita cakap apa pun pada umum, jika orang lain nak terjemahkan dengan cara mereka, tetap jua mereka buat begitu.

Jujurnya saya okey sekarang ini. Maksudnya okey jika orang nak cakap apa pun, saya tak rimas. Bukan tak penat, tetapi saya pun siapa nak paksa-paksa orang berhenti bercakap?

Tambah Dalia, mereka yang sering mengaitkan dirinya dengan Ubai adalah orang yang masih tak boleh ‘move on’ dengan kisah lama mereka sebelum ini.

Setengah orang bagi saya ada yang dah ‘move on’. Namun ada juga yang masih belum. Mungkin golongan yang tak ‘move on’ ini sebenarnya suka drama.

Tak mengapalah, saya tahu untuk ‘move on’ itu memang memerlukan masa. Buat masa sekarang apa yang boleh saya katakan, saya dengan Ubai tak ada masalah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ubaidillah Zulkefli (@ubaimz)

Kami dah lama tak bersembang. Tetapi kalau misal kata terjumpa di mana-mana acara hiburan atau sebagainya, saya akan profesional saja.

Terdahulu, Dalia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan Ubai sebelum kedua-duanya mengambil jalan masing-masing.

Ubai kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Shila Amzah pada 5 Ogos lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Eina Azman
7 months ago

"Macam Beli Gula-Gula Je.." - Dapat Hadiah 4 'Ketul' Iphone 15, Datin Eina Azman Nak Beri Pada Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...