Masih Dalam Fasa ‘Sweet- Sweet’, Amelina Akui Hatinya Kini Dimiliki Seorang Ahli Perniagaan

Hiburan

Masih Dalam Fasa ‘Sweet- Sweet’, Amelina Akui Hatinya Kini Dimiliki Seorang Ahli Perniagaan

Patutlah semakin nampak berseri-seri sejak kebelakangan ini, rupanya Ratu Dangdut Malaysia iaitu Amelina mendedahkan bahawa hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang ahli perniagaan.

Kongsi penyanyi wanita popular itu lagi, dia dan ahli perniagaan tersebut masih dalam proses untuk mengenali antara satu sama lain.

Advertisement

“Buat masa sekarang, kami masih saling mengenali antara satu sama lain. Kata orang, dalam fasa ‘sweet-sweet’. Tapi, semuanya saya serahkan kepada jodoh.”

amelina bercinta dengan ahli perniagaan

Apabila ditanya sama ada dia akan menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga, Amelina menolak dan menyerahkan urusan jodoh kepada Allah SWT.

“Tak adalah nak kahwin tahun ini. Insya-Allah, macam saya cakap biarlah semuanya atas ketentuan jodoh.”

Bukan sahaja hatinya yang berbunga-bunga, malahan anak-anak Amelina juga menerima baik kehadiran lelaki itu dalam kehidupan mereka. Bahkan lelaki itu juga tidak kisah mengenai kerjayanya sebagai seorang artis.

“Apa yang penting, dia peramah, tidak sombong dan dapat bergaul dengan orang sekeliling saya. Itu membuatkan saya rasa senang dengan dirinya.”

amelina bercinta dengan ahli perniagaan

Terdahulu, Amelina pernah berkahwin dengan usahawan bernama Reduan pada 20 Mei 1999 dan dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri ‘Nur Athirah, 19; Putera Al’ Affiq, 18; Putera Al’ Asyraff, 17; Puteri Nur’ Asyurah, 15; Putera Al’ Arffa, 13; dan Putera Al’ Amzar, 8 tahun.

Kita doakan yang baik-baik sahaja!

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...