Sedia maklum, hingga ke hari ini pelawak Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu tidak bertegur sapa dan sewaktu Shuib melangsungkan hari pernikahannya, Jep memberitahu dia tidak dijemput untuk hadir ke majlis itu.
Sebagai rakan karib kedua-dua pihak, Mamat atau nama sebenar, Mohd. Nur Murad pernah terlintas untuk menemukan dua sahabat baiknya itu semula dalam suasana yang sedikit santai.
Mamat berasa bertanggungjawab untuk menyatukan semula mereka berdua demi sebuah ukhwah.
View this post on Instagram
Tidak dapat dinafikan, pelawak itu sememangnya rindu untuk bersama dengan rakan-rakannnya itu dan Mamat turut mendedahkan sering berjumpa dengan Jep Sepahtu, sementara Shuib pula berhubung ketika majlis perkahwinan usahawan itu.
Cuma untuk duduk bertiga, saya minta doakan saja. Dapat minum kopi bersama-sama pun dah cukup.
Sekadar info, kemelut di antara Jep dan Shuib kelihatan ketara selepas usahawan itu tidak menghadirkan diri sewaktu jelajah reunion Sepahtu, tetapi terima undangan tersebut dengan program lawak yang lain.