“Masih Buat Tak Senonoh” – ‘Akak Kedai Buah’ Rupanya Dah Pernah Kena ‘Warning’ Dengan JHEAT Berkali-Kali

Trending

“Masih Buat Tak Senonoh” – ‘Akak Kedai Buah’ Rupanya Dah Pernah Kena ‘Warning’ Dengan JHEAT Berkali-Kali

Pelayan wanita sebuah kedai di Setiu yang tular baru-baru ini gara-gara rakaman dipeluk ramai lelaki untuk bergambar, telah ditahan Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Terengganu (JHEAT).

Menurut Utusan, wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan semula dengan bon jaminan selepas keterangannya diambil.

Advertisement

Bagaimanapun, JHEAT tetap akan memanggil beberapa orang saksi lagi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, kertas siasatan yang dibuka itu akan dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk tindakan seterusnya.

Namun ternyata wanita dikenali sebagai Darlene itu tidak mengambil iktibar meskipun pernah ditegur dan diberi peringatan sebelum ini.

Difahamkan, dia pernah dipanggil JHEAT beberapa kali berhubung dakwaan perlakuan kurang sopan ketika melayan pelanggan di restorannya, sebelum ini.

Kita telah beri peringatan dan nasihat selain memantau sebelum ini namun ia (perlakuan tidak senonoh) masih lagi berlaku.”

M. Rozi berkata pihaknya berharap perkara yang berlaku ini menjadi peringatan kepada orang ramai (di Terengganu) agar menjaga tatasusila yang selari dengan ajaran agama.

Sekadar info, Darlene dikatakan terpaksa bercuti daripada bekerja serta menyahaktif akaun TikToknya.

akak buah
5 bulan lalu

"Pelanggan Yang Miang.." - Kedai Diserbu JHEAT, Rakan Dakwa 'Akak Air Buah' Hanya Mangsa Keadaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. Anonymous

    July 8, 2022 at 2:40 pm

    Lepas tu, kenapa nak blur kan muka? Kasi tunjuk lah, barulah lelaki kann..hahaha

  2. Anonymous

    July 8, 2022 at 2:38 pm

    Perlu juga tahan kaum2 lelaki yg bergambar dengan dia. Bukan tahan dia ajer, sebab kaum2 lelaki nie jugak melayan kerenah dia. Dua2 sama jer gedik, sama salah. Kaum2 lelaki nie, ntah2 suami org, bapak org, etc. Setakat denda, tazkirah si pompuan jer tak guna, yg lelaki nie pun kena disekolahkan jugak.

    • Anonymous

      July 8, 2022 at 4:41 pm

      kann knp bila part hukuman msti double standard kan.. tjk muka brader2 tu.. kecut ke tak teloq dia bini masing2 tgk laki dia sakan peluk pompuan tu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...