Pelayan wanita sebuah kedai di Setiu yang tular baru-baru ini gara-gara rakaman dipeluk ramai lelaki untuk bergambar, telah ditahan Jabatan Hal Ehwan Agama Islam Terengganu (JHEAT).
Menurut Utusan, wanita berusia 32 tahun itu bagaimanapun telah dibebaskan semula dengan bon jaminan selepas keterangannya diambil.
Bagaimanapun, JHEAT tetap akan memanggil beberapa orang saksi lagi untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dilakukan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.
Pesuruhjaya JHEAT, M. Rozi Bidin berkata, kertas siasatan yang dibuka itu akan dirujuk kepada Bahagian Pendakwaan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu untuk tindakan seterusnya.
Namun ternyata wanita dikenali sebagai Darlene itu tidak mengambil iktibar meskipun pernah ditegur dan diberi peringatan sebelum ini.
Difahamkan, dia pernah dipanggil JHEAT beberapa kali berhubung dakwaan perlakuan kurang sopan ketika melayan pelanggan di restorannya, sebelum ini.
Kita telah beri peringatan dan nasihat selain memantau sebelum ini namun ia (perlakuan tidak senonoh) masih lagi berlaku.”
M. Rozi berkata pihaknya berharap perkara yang berlaku ini menjadi peringatan kepada orang ramai (di Terengganu) agar menjaga tatasusila yang selari dengan ajaran agama.
Sekadar info, Darlene dikatakan terpaksa bercuti daripada bekerja serta menyahaktif akaun TikToknya.