August 24th, 2020

Bagai tidak lokek berkongsi wajah zuriat mereka yang diberi nama Aisha Amaira kepada umum di laman sosial Instagram, pelakon jelita Fasha Sandha yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan hasil perkahwinan dengan pelakon Aidil Aziz kira-kira 3 minggu lalu kini mula menjadi perhatian netizen.

fasha sandha

Biarpun kini masih dalam proses berpantang, Fasha bagaimanapun mendedahkan beliau tetap keluar meraikan hari lahir anak saudaranya walaupun belum sepenuhnya sihat daripada melahirkan.

“Demi anak buah sulung mami, dalam berpantang pun mami sanggup keluar. Happy birthday in advance sayang mami! Semoga sukses dan mencapai cita-cita. Mami loves you.”

Rentetan itu, perkongsian yang dikongsi Fasha menerusi laman Instagram itu mula timbul rasa kurang senang netizen yang tampil mengkritik tindakan pelakon itu kerana bimbang andai perkara yang tidak diingini berlaku kerana baru sahaja melahirkan.

Masih Berpantang, Fasha Sandha Dah Keluar Sambut Birthday Anak Saudara

Malah para pengikutnya juga menzahirkan rasa bimbang dan turut memberi teguran kerana dalam keadaan negara masih belum bebas dari pandemik Covid-19 adalah lebih baik jika duduk sahaja di rumah.

Biarpun begitu, ramai juga dalam kalangan peminat berkongsi pendapat peribadi sehingga ada yang menyatakan tidak mengapa untu keluar asalkan pandai menjaga diri.

Masih Berpantang, Fasha Sandha Dah Keluar Sambut Birthday Anak Saudara

Untuk rekod, Aisha dilahirkan pada 7 Ogos lalu hasil perkahwinan Fasha dengan Aidil yang sah bergelar pasangan suami isteri pada 30 Mac tahun lalu. Ia adalah perkahwinan kedua Fasha selepas berpisah dengan bekas suami, Jejai.

Fasha juga sebelum ini mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma menerusi perkahwinan pertamanya dahulu.

 


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...