Sejak semalam, nama Anna Jobling menjadi bualan hangat selepas ibunya mendakwa aktres berusia 25 tahun itu memfailkan injuksi terhadapnya.
Dakwa Ariz Arop, Anna Jobling berubah sikap dan melayaninya seperti ‘anjing kurap’ sejak dirinya mula meraih populariti dalam industri seni.
Bagaimanapun, sehingga kini pelakon drama Setia Itu Mahal tersebut masih mendiamkan diri dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung dakwaan ibunya.
Menjengah ke akaun Instagram Anna, netizen mula meninggalkan komen dan menggesa agar dia tampil bersuara berhubung konflik di antaranya dan ibu.
Jangan lupa jasa ibu
Ada yang bertanya kepada Anna sama ada benar dia dan ibunya bertelingkah memandangkan mereka berdua memang begitu rapat.
Sesetengah netizen dilihat mengingatkan aktres yang dinobatkan sebagai Gempak Most Wanted selama dua tahun berturut itu tentang jasa seorang insan bergelar ibu.
Dengar dua belah pihak
Ada juga yang memberi komen melabel Anna sebagai anak derhaka namun sesetengah netizen berpendapat orang ramai perlu mendengar daripada kedua belah pihak sebelum menghakimi Anna.
Apa yang Anna buat? Tak risau ke impak nanti? Berbagai impak boleh berlaku.