Masih Berada Di Takuk Lama Untuk Tahun 2017? Ini 5 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Tingkatkan Kualiti Hidup

Hiburan

Masih Berada Di Takuk Lama Untuk Tahun 2017? Ini 5 Perkara Yang Anda Boleh Lakukan Untuk Tingkatkan Kualiti Hidup

2017 sudah pun menghampiri bulan September. Masa memang berlalu dengan pantas. Adakah tahun 2017 ini anda telah berjaya melakukan perubahan dalam hidup? Adakah kehidupan anda kini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelum ini? Atau anda masih berada di takuk lama tanpa sebarang niat untuk memperbaiki diri?

“orang bijak berubah, orang tak berapa bijak kekal sama”

Walaupun hanya tinggal 4 bulan sebelum 2018 menjelma, masih belum terlambat untuk melakukan sesuatu untuk meningkatkan lagi kualiti hidup anda. Tak payah nak buat benda-benda susah sangat pun. Hari ini Abang Nara share 5 perkara “simple” yang amat mudah dan boleh dilakukan dengan tenang, senang dan tidak membebankan. Yang penting anda kena pasang niat untuk berubah. Pasang niat untuk berjaya. Pasang niat untuk kehidupan yang lebih baik. 5 perkara itu adalah:-

Advertisement

1. Dapat gaji terus simpan 10%
umccedKalau anda dah bekerja berpuluh-puluh tahun tetapi duit simpanan satu sen pun tak ada, jangan sedih jangan menangis. Satu kesilapan yang sering dilakukan oleh kita ialah apabila dapat gaji terus pergi bayar bil, bayar hutang kad kredit, bayar ansuran kereta dan sebagainya. Memanglah kena buat semua itu tetapi lepas ini, sebelum bayar apa-apa, terus pindahkan 10% daripada gaji anda ke akaun simpanan. Lepas tue duit baki tersebut barulah digunakan untuk membayar apa yang sepatutnya. Yang duit simpanan tue jangan dikacau selagi tak ada emergency yang betul-betul emergency.

2. Bersenam setengah jam setiap hari
umcced
Yang ini Abang Nara pun masih gagal nak lakukan. Memang nampak mudah untuk bersenam selama setengah jam setiap hari, tetapi setiap kali nak buat, ada je halangannya. Namun untuk kesihatan tubuh badan, kita perlu keluarkan peluh. Tak kiralah jogging ke, kayuh basikal ke, lari treadmill ke. Asalkan kita bersenam, itu dah cukup. Umur pun makin lama makin meningkat. Kenalah jaga kesihatan kan?

3. Tak minum terlalu banyak minuman bergula
umcced
Abang Nara adalah peminat setia teh tarik, teh o panas, limau ais, milo ais dan semua ais-ais yang lainlah. Memang sedap bila tekak kita dibasahi air minuman sebegini. Sayangnya ia boleh menjejaskan fungsi badan kita di masa hadapan, lebih-lebih lagi kalau kita jarang bersenam. Jadi kalau takut kena kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang dan sebagainya, kenalah kurangkan minuman bergula.

4. Luang masa berkualiti bersama keluarga
umccedSekiranya anda dah berkahwin dan mempunyai anak-anak, wajib bagi kita untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama mereka (dan juga bersama pasangan masing-masing). Sehari tue lepas semayang Maghrib, letakkan handphone ke tepi dan bermainlah dengan anak-anak selama setengah jam. Layanlah apa sahaja yang mereka mahu. Jangan tengok handphone. Jangan sibuk nak buat kerja, jangan nak tengok tv dan sebagainya. Tumpukan perhatian 100% kepada masa. Sehari setengah jam dah cukup, yang penting ia berkualiti. Sekali sekala bawak lah bercuti untuk lebih “bonding”.

5. Sambung pelajaran peringkat diploma

Abang Nara pasti ramai pembaca BeautifulNara di luar sana yang sudah lama bekerja dan selesa dengan kehidupan mereka. Peluang naik pangkat mesti ada, tetapi kadangkala tahap pembelajaran menjadi penghalang. Ada jawatan yang perlukan sekurang-kurangnya anda mendapat kelulusan peringkat diploma. Nak sambung belajar sepenuh masa memang tak boleh sebab nanti macam mana nak sara diri dan keluarga. Sekiranya anda berniat nak majukan diri, jangan risau sebab kini ada tawaran program separuh masa diploma eksekutif daripada Universiti Malaya.
umcced
Sudah lebih 21,000 warga bekerja yang telah berjaya membina kerjaya mereka menerusi program ini. Senang kata, diorang dah improve. Gaji lebih masyuk, pangkat lebih tinggi dan sebagainya. Apa yang best tentang program diploma eksekutif UM ini ialah lokasi pembelajarannya yang meluas seperti di Kuala Lumpur, Bayan Lepas, Kulim dan banyak lagi. Jadi anda ada banyak pilihan.

Kursus-kursus yang ditawarkan juga sangat menarik seperti seperti pendidikan awal kanak-kanak, pengurusan, kaunseling, teknologi maklumat dan perbankan & kewangan Islam. Pengambilan untuk Oktober 2017 telah pun dibuka. Insya Allah lepas join ini, mutu kehidupan akan akan bertambah baik. Ini salah satu cara untuk kita perbaiki diri kita. Tak salah kan nak mencuba?

Maklumat lanjut boleh layari www.umcced.edu.my dan juga Facebook UMcced. Selamat belajar dan selamat berjaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...