Masih Belum Tahu Keputusan, Hafidz Roshdi Dah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Hiburan

Masih Belum Tahu Keputusan, Hafidz Roshdi Dah Jalani Rawatan Psikiatri Di Hospital Bahagia

Memetik laporan Harian Metro, Datuk Akberdin Abdul Kader selaku peguam mewakili anak guamnya, pelakon Hafidz Roshdi memaklumkan bahawa dia sudah pun menjalani rawatan psikiatri di Hospital Bahagia baru-baru ini.

Rawatan itu dilakukan atas perintah Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada perbicaraan pada 13 Mac lalu.

Advertisement

Namun begitu, keputusan setelah rawatan tersebut masih belum dikeluarkan kerana Hafidz perlu menjalani beberapa prosedur rawatan lagi.

Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ni.

Difahamkan, Hafidz juga dibenarkan untuk berjumpa anak-anak dengan kebenaran sepanjang rawatan itu berlangsung.

Sekadar info, aktor itu telah diperintahkan untuk menjalani rawatan psikiatri oleh Hakim Siti Fatimah Talib selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah.

Hafidz sebelum ini dilaporkan telah menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di bahagian muka sebanyak 3 kali sehingga mengalami cacat kekal.

1 year ago

"Saya Kena Rujuk Bahagian Bedah Mulut.." - Cedera Ditumbuk Hafidz Roshdi, Shuhada Terpaksa Bukak 'Braces'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...