July 14th, 2020

Rasanya ramai selebriti yang terkesan kerana pendemik yang datang menyerang secara tiba-tiba ini. Pun begitu, Redza Rosli memanjatkan rasa syukur kerana rezekinya sebagai seorang pelakon hadir tanpa henti sepanjang tahun 2020.

redza rosli

Bahkan Redza mengakui bahawa dia tidak menang tangan untuk menerima pelbagai tawaran daripada telefilem sehinggalah ke drama bersiri. Namun lelaki tersebut menggunakan peluang keemasan ini untuk meluaskan pengalamannya dalam bidang seni.

“Awal tahun saya bermula dengan baik. Biarpun selepas itu semua berehat kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kini kerjaya seni kembali bermula dan saya rancak mendapat pelbagai tawaran.”

Projek yang silih berganti membuktikan kepopularitian Redza apabila dia bakal memulakan rakaman lain sejurus selepas drama bersiri ‘Juliet’ yang bakal ditayangkan di RTM tamat penggambaran nanti.

Memang seronok apabila kerjaya berkembang hebat seperti ini tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai kisah peribadi Redza juga. Pun begitu, pelakon ini mengakui bahawa dia masih lagi belum berpunya.

“Saya sebenarnya tak minat sangat nak bercinta, sebab bukan senang saya nak suka terhadap seseorang perempuan.”

redza rosli

Bagi Redza proses untuk mengenali hati budi seseorang itu bakal membuang banyak masa. Malahan dia lebih senang ‘bercinta’ dengan keluarga sendiri berbanding dengan orang lain.

Walaubagaimanapun pelakon lelaki ini mengatakan bahawa dia tidak kisah siapa jodohnya pada masa hadapan kerana itu semua adalah ketentuan Allah.

Sumber: Gempak


5 responses to “Masih Belum Berpunya, Redza Rosli Dedah Tak Minat Bercinta”

  1. Leftenan Zana says:

    Ok Kapten Haniff.

  2. Anonymous says:

    Betul tu ..kahwin terus je bila jodoh dah sampai kan elok bercinta lepas kahwin selamat dunia akhirat

  3. Kak Tipah Lelah says:

    Nak bercinta dgn artis tak menjamin masa depan. Bila dah populariti merudum, duit tak ada, job tak ada, duduk la kat rumah tepi lereng bukit dalam hutan tunggu bantuan. Kaum hawa lebih baik cari pasangan yg bekerja tetap, bulan2 ada duit masuk

  4. ex fans lofa says:

    jadi rapat dengan ayda jebat dulu sebab nak tumpang glamour je lah eh ? nak bg nama naik sikit.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...