Penyanyi Haqiem Rusli mendedikasikan ucapan tahun baharu yang penuh makna buat isteri tercinta, Anis Sofea, yang sentiasa setia berada di sisi ketika susah dan senang.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Haqiem meluahkan rasa syukur kerana isterinya menerima dirinya seadanya, selain mengakui hubungan mereka dibina atas sokongan dan kebersamaan.
“My Anis Sofea. Saya sangat bersyukur dengan kehadiran awak ketika saya dalam kesusahan dan kegembiraan. Kita sudah melalui banyak dugaan bersama.”
“Awak sentiasa berada disamping saya sejak mula, terima saya untuk kekuatan dan kekurangan saya. Walaupun terkadang dunia menentang kita, tapi kita selalu ada untuk kita,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Haqiem turut mengakui masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dalam dirinya, selain menyatakan kesungguhan untuk menjadi insan yang lebih baik demi hubungan mereka.
“Saya tahu saya masih banyak yang perlu diperbaiki, tetapi saya cuba setiap hari untuk menjadi lebih baik, bukan hanya untuk diri sendiri, untuk kita.”
“Sehingga nafas terakhir saya, Akem akan selalu sayang Fea,” kongsinya lagi.
Ucapan tersebut mendapat perhatian peminat yang rata-rata tersentuh melihat keikhlasan Haqiem menghargai peranan isterinya dalam kehidupan serta perjalanan kerjaya seninya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
