Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Masih Baik Namun ‘Complicated’, Intan Najuwa Enggan Ulas Status Terkini Dengan Tunang

Intan Najuwa dan bekas tunang

Pelakon Intan Najuwa,24, yang sebelum ini dihimpit kontroversi di mana dia dikatakan telah memutuskan tali pertunangan dengan Razrul Anwar Rusli, 40, berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai status terkini dengan bekas tunangnya itu.

Intan Najuwa bertunangSumber : Google  

Menurut Intan, dia kini ingin menyimpan sendiri hal peribadi berbanding menghebahkannya kepada umum. Tambahnya lagi, dia kini lebih selesa untuk berpendirian seperti itu setelah memperoleh banyak pengajaran daripada kisah terdahulu.

Advertisement

Pelakon drama Kekasih Paksa Rela ini turut menjelaskan bahawa banyak hati yang perlu dijaga terutamanya keluarganya dan keluarga bekas tunang.

Intan Najuwa dan bekas tunangSumber : Google  

“Apa yang boleh saya katakan, hubungan kami masih baik cuma untuk mengulas lanjut mengenai status hubungan kami secara terbuka, saya tak mahulah komen. Rasanya sebelum ini pun, semua sudah tahu apa yang berlaku dalam hubungan kami. Cuma buat masa sekarang, saya tidak boleh nak umumkan status saya dengan bekas tunang. Setakat ini semuanya berjalan dengan baik.”

Tambah Intan lagi, dia kini hanya ‘go with the flow’ dan memberitahu bahawa hubungannya kini dengan Razrul masih dalam keadaan baik dan positif namun agak sukar untuk dijelaskan.

Ketika ditanyakan mengenai keadaan bekas tunangnya kini, Intan memberitahu bahawa si dia amat memahami dan turut memberi ruang buatnya untuk fokus dalam bidang seni.

Mengimbas kembali, Intan dan Razrul telah mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos 2019 namun putus di tengah jalan sekitar Februari 2020 yang lalu. Namun, pada Jun 2020, Intan dilihat telah memuat naik kembali foto mesra bersama bekas tunangnya itu namun tidak memberikan penjelasan terperinci mengenai status hubungannya kini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama