July 19th, 2020

Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail memang dikenali sebagai seorang yang amat mementingkan hubungan kekeluargaan. Sering memuat naik perkembangan terkini mengenai ahli keluarganya, Chef Wan sememangnya seorang yang penyayang apabila tiba mengenai ahli keluarganya.

Baru-baru ini, tukang masak terkenal itu ada memuat naik video memaparkan keakrabannya dengan insan paling dikasihinya, tidak lain tidak bukan ibunya sendiri iaitu Noraini Abdullah atau lebih manja dipanggil Cik Ani.

Video tersebut telah dimuat naik di laman instagram milik Chef Wan dan ternyata, entri tersebut telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata kagum melihat kasih sayang yang dicurahkan Chef Wan kepada ibunya.

Beliau turut berkongsi mengenai gelagat Cik Ani yang sering saja membuat perkara tidak mengikut masa dan ketika.

“Ahh so wonderful to be semi retire spending more time with my mother. Alhamdullilah kita dua-dua dah reput ni. Tidurkan emak semalam sleeping next to her in the end i was the one who fall asleep first..”

View this post on Instagram

Ala sibuk la some of this people yang asyik nak bersyarah konon kita ni ambil gambar mandi di kolam tu nampak aurat, banyak tunjuk seluar pendek with all my friends lah. Ada yang coment tak malu ke dah tua nampak kan perut tu buncit dan tetek tu dah gelebeh. Dah tua gelebeh la semua! Law of gravity! Esok dah tua asyik mengata orang jangan esok bibir masing2 pulak Allah gelebeh kan.? Baru tahu nasib masing2. Tak kan la mereka ini bodoh sangat tak tahu yang selama ini i lead a very liberal life. Meaning saya ni tak hidup didalam gua batu bergaul dgn mcm2 orang dan semua pun saya treat with respect. Tak kan mandi di kolam renang nak berjubah pulak. Memang la saya dah tua badan pun gemuk dan boroi tetapi with great confidence and selfesteem. Itu sebab saya berani post gambar2 itu. I am comfortable in my own skin pun. Pi lah suluh muka dan badan masing2 pun kalau cantik sangat nak mengata kan saya ini. Bapak atau laki kau orang masing2 pun ada yg rupa dan badan mcm aku jugak! Sikit hari all of u are going to get to where i am too. I updated all those video because i wanted to laugh at my silly old self and hopefully make others laugh too. Dont be a bloody hipocrite always wanting to judge my life and put me down. By doing so i make others smile dan tak menyakit kan hati sesiapa pun. Yang kau orang risau tetek aku ni gelebeh dan perut aku ni boroi apa hal? Pi telanjang depan cermin tu suluh dulu badan masing2 jika cantik sangat kan.? Tak habis2 nak jadi ustazah dan ustaz. Tak habis2 nak jatuh hukuman. Mulut masing2 mcm haram jadah nak menyakit kan hati orang mereka tak sedar pulak. Suka hati aku la nak jadi ikan jerung ke atau badak berendam sekali pun! Kau Ado? Elok2 boleh follow my IG kan dah kena block now. Rimas manusia2 yang always think they are far holy and better than us.. Ada pulak tu menyindir yindir kita pulak mcm la kita ni banggang sangat tak faham maksud mereka. Is all this necessary? Kau tengok Ikan Dugung ni baring relax aja.. Tak pulak dia kisah the world around him. Nak tengok ..tengok tak suka unfollow aja. We have so much to learn from people attitude out there.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

 Menelusuri ruangan komen, ramai yang memuji keakraban Chef Wan bersama ibunya kerana tidak pernah lekang memberikan perhatian dan sering memenuhi kehendak ibunya.

Malah, ramai yang mendoakan yang baik-baik buat Chef Wan di atas layanan baik yang diberikan kepada ibunya itu.


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...