Walaupun sering dipanggil pengotor dan seorang yang menjijikkan, Masana Izawa dari Jepun ini tetap dengan pendiriannya untuk tidak menggunakan tandas. Percaya atau tidak, dalam era moden kini dia masih menjadi pengguna tegar ‘tandas semulajadi’ untuk menjaga alam sekitar.
Dia yang berusia 69 tahun ini berhenti menggunakan tandas pada tahun 1974 dan sering melakukan ‘pembuangan besar’ di kawasan luar untuk menghasilkan baja semulajadi untuk tumbuh-tumbuhan. Selain bekerja sebagai seorang jurugambar, dia juga menggelar dirinya sebagai ‘poop soil master’ demi menjaga alam sekitar.
Sepanjang tempoh 45 tahun yang lalu, dia telah membuang air besar di luar sebanyak 15,000 dan hanya menggunakan tandas sebanyak 14 kali pada masa yang terdesak. Dia juga sering kali dituduh sebagai orang kurang siuman kerana tabiatnya yang suka membuang air besar di luar itu.
Tetapi menurutnya, tindakannya itu tidak melanggar undang-undang malah dia juga tidak sebarangan membuang di mana-mana sahaja. Dia yang menganggap dirinya sebagai aktivis alam itu mempertahankan tindakannya itu dan memilih lokasi yang bersesuaian untuk melepaskan hajatnya itu.
Bagi mereka yang ingin lakukan perkara yang sama seperti saya, pastikan anda memilih lokasi yang bersih dan tidak mencemarkan zon bersih.
Menurutnya lagi, setiap kali dia melakukan tabiatnya dia akan memastikan untuk menggali semula tanah setiap kali selesai. Dia juga turut menasihatkan mereka yang ingin mencuba untuk sentiasa menutup semula lubang yang diggali.