Masalah Telinga Berdesing

Trending

Masalah Telinga Berdesing

Berasa seperti berada bersebelahan dengan lapangan terbang, bunyi desingan sering berlaku secara tiba-tiba. Tanpa sebarang petanda, desingan tersebut kadang-kala berlarutan hingga beberapa ketika.

Bukan sahaja mengganggu aktiviti rutin harian, tetapi ia turut menyebabkan seseorang berasa tertekan sehingga menjejaskan kualiti hidup.

Advertisement

Terdapat beberapa punca dikenal pasti terjadinya desingan dalam telinga. Meskipun sebahagiannya dapat ditangani dengan mengamalkan gaya hidup sihat, tetapi bagi yang mengalami maasalah sebegini disaran mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan doktor.

Berikut merupakan antara lima punca yang dipercayai menyebabkan gejala telinga berdesing atau nama saintifik, Tinnitus.  Menurut laman web Mayo Clinic, seorang daripada lima individu yang percayai menghidapi masalah Tinnitus.

Menggunakan fon telinga pada kadar skala tinggi dan terlalu lama mampu menjejaskan kualiti pendengaran. – The Good Guys

  1. Terdedah kepada bunyi kuat

Individu yang kerap terdedah kepada bunyi bising seperti pekerja kilang, menonton konsert (berada berhampiran dengan pembesar suara), mendengar fon kepala atau fon telinga terlalu kuat mahupun memandu di lebuh raya sambil membuka tingkap antara  yang dipercayai menyebabkan desingan dalam telinga.

  1. Kesan pengambilan ubat

Tidak dinafikan pengambilan ubat penting untuk merawat penyakit atau mencegah daripada merebak. Bagaimanapun, setiap ubat itu mempunyai kebaikan dan turut mengundang keburukan. Lebih memburukkan keadaan apabila ubat tersebut diambil secara berlebihan. Ubat yang sering dikaitkan dengan terjadinya Tinnitus ialah pil tahan sakit.

  1. Tekanan atau stres

Individu yang tidak bijak mengawal emosi atau sering berada di bawah tekanan dipercayai berpotensi untuk mengalami Tinnitus. Justeru, anda semua perlu tahu mengawal kemarahan dan tekanan perasaan selain mengamalkan gaya hidup sihat.

  1. Kecederaan pada bahagian kepala

Luka berdarah yang jelas kelihatan mudah untuk klasifikasikan individu tersebut sebagai pesakit dan perlu mendapat rawatan segera. Namun, bagi kecederaan dalaman yang tidak mampu dilihat dengan mata kasar menyebabkan tahap kesihatan mereka sukar untuk ditafsir. Justeru, sekiranya anda mengalami simptom seperti pening, sakit kepala dan loya, kalian perlu mendapat nasihat atau rawatan daripada doktor bagi mengelakkan kemudaratan.

  1. Hubung kait penyakit lain

Selain jam dan termometer yang mampu memberitahu tentang waktu dan suhu, anggota badan manusia juga turut memiliki kebolehan untuk memberi petanda kepada kita. Difahamkan, gejala desingan dalam telinga turut dikaitkan dengan kewujudan penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, ketumbuhan bukan kanser, alahan atau kencing manis. Bagaimanapun, anda perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan bagi mengetahui tahap kesihatan.

Desingan di dalam telinga dipercayai petanda awal berlakunya masalah pendengaran. – AV Chiropractic Health Center

Desingan di dalam telinga dipercayai petanda awal berlakunya masalah pendengaran. Justeru, berikut merupakan antara punca berlakunya desingan dalam telinga. Sekiranya kalian mengalami situasi tersebut, segera mendapatkan rawatan agar dapat mencegah daripada menjadi buruk.

Desingan turut mendorong seseorang mengalami masalah pendengaran. Jika dahulu hal tersebut sering dikaitkan dengan warga emas, tetapi gaya amalan gaya hidup tidak seimbang dan kurang kesedaran menyebabkan ada dalam kalangan golongan belia hilang pendengaran pada usia muda.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...