Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri telah memuat naik video memaparkan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, Aliff dilihat membincangkan masalah rumah tangga yang dihadapai oleh Shuhada dan Hafidz.
Bukan itu sahaja, usahawan itu turut memberi pendapat untuk memberikan peluang kedua kepada Hafidz kerana berasa kasihan melihat keadaan terkini pelakon itu.
Kalau saya kat tempat Shu, munkin boleh bagi peluang. Kesian lah saya nampak keadaan dia sekarang.
Jelas Shuhada, perasaan cinta dan sayang merupakan suatu perkara yang subjektif dan tidak ada sesiapa yang mengetahui cinta yang sebenar.
Cinta dan sayang ni subjektif. Kita tak tahu cinta yang macam mana.
View this post on Instagram
https://www.instagram.com/embed.js
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan Aliff kerana dikatakan menyibuk hal rumah tangga orang lain.
Malah, netizen turut meminta usahawan itu untuk menyelesaikan masalahnya sendiri berkaitan dengan insiden pasu pecah melibatkan pasangan selebriti Yana Samsudin dan Fadzil Zahari.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.