November 6th, 2015

Beberapa hari lepas menerusi akaun Instagram Miss Kepoh terdapat individu yang melaporkan bahawa mereka sudah ditipu selepas membayar beribu ringgit dan masih belum menerima produk minyak wangi Rozita Che Wan seperti yang dijanjikan.

Malah, ada pihak yang cuba untuk mengadu masalah tersebut melalui Instagram Che Ta tetapi mereka akhirnya di block apabila memberikan komen tentang apa yang berlaku. Ramai yang tidak berpuas hati akan perkara ini dan meminta agar pihak Che Ta segera memberikan maklum balas berhubung kes berkenaan.

Tidak mahu terus dipersalahkan dan dihimpit kontroversi, Che Ta menerusi portal mStar Online menjelaskan masalah produksi di kilang antara punca kelewatan untuk stok minyak wangi beliau.

Masalah produksi berlaku daripada pihak kilang, saya tidak berpuas hati dengan reka bentuk penutup botol yang tidak seperti saya mahukan.

Saya tidak mahu perkara itu akan menimbulkan rasa kurang senang pihak pembeli apabila produk tersebut berbeza daripada produk sebelum ini yang dikeluarkan, oleh itu saya beri pihak kilang tempoh masa untuk tukar bentuk yang saya mahu.

Walaubagaimanapun menurut Che Ta beliau sudah memaklumkan kelewatan tersebut kepada semua stokis beliau dimana stok minyak wangi beliau akan dapat diselesaikan pada hujung bulan November.

Namun, rasa tidak puas hati berkaitan perkara ini timbul apabila ada sesetengah agen yang mengambil stok minyak wangi  melalui stokis telah mengambil bayaran terlebih dahulu daripada pembeli.

Saya sudah maklumkan hal sebenar kepada stokis-stokis kami dan mereka faham. Tetapi yang menjadi masalah adalah ejen yang berada di bawah stokis kerana mereka ambil duit bayaran terlebih dahulu daripada pembeli. Mereka juga perlu faham keadaan saya sekarang, ia bukan kerana saya sengaja suka-suka untuk melambatkan keluaran, saya pun kena tunggu pihak kilang.

Kalau mereka fikir terpaksa pulang balik duit pembeli, cuba fikir pula duit yang saya labur dan bayar kepada kilang, sudah tentu saya pun ingin ia dijual segera bagi mendapatkan pulangan.

Kerana rasa tidak puas hati juga ada pihak yang menuduh Che Ta hanya bersenang lenang menggunakan duit tersebut untuk bercuti baru-baru ini.

Agak sedih mendengar tuduhan sebegitu, Che Ta menafikan beliau menggunakan wang tersebut untuk bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.

Mereka tuduh saya suka-suka pergi bercuti guna duit mereka, walhal percutian saya itu adalah atas dasar kerja dan tidak melibatkan duit mereka pun. Saya jelaskan di sini, saya tidak ambil duit mereka dalam perniagaan minyak wangi itu. Saya hanya mengambil duit daripada stokis setelah barang tersebut diserahkan sahaja.

Nampaknya setiap perkara sudah dijelaskan oleh Rozita Che Wan dengan terperinci. Harap tiada pihak yang akan menokok tambah cerita. Sepatutnya agen tidak perlu mengambil sebarang bayaran daripada pembeli jika tiada stok, bila pembeli sudah mengamuk disalahkan pula pihak atas. Sabarlah Che Ta inilah dugaan orang berniaga. Orang tahu kita bermewah sahaja tetapi tidak tahu usaha ataupun keperitan yang harus dilalui untuk berjaya.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...