Selain dari Malaysia, negara Hong Kong juga sedang mengalami masalah perumahan. Malah lebih teruk lagi kerana mencapai tahap kritikal.
Kadar sewa yang naik mendadak dari 2012 sebanyak 50%, mengakibatkan tempat tinggal yang sepatutnya menjadi satu asas hidup namun tak mampu dinikmati semua penduduknya.
Untuk pengetahuan anda, kadar menyewa di sana tersangatlah tinggi. Satu sangkar sewaan kos sehingga RM1000 sebulan. Jadi boleh bayangkan macam mana rakyat sana perlu “struggle” untuk mencari tempat tingal?
Berdasarkan gambar di atas ini, apa yang anda faham?
Lelaki tersebut berumur 61 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan. Dia membayar sewa RM995 sebulan untuk tinggal di dalam kotak yang ada cahaya sahaja.
Boleh nampak dengan jelas lelaki ini cuma memerlukan kawasan untuk meletakkan televisyen, tilam dan beberapa kelengkapan peribadi.
Seandainya penduduk mempunyai kemampuan yang lebih dari segi kewangan, mereka boleh menyewa seunit apartment seperti diatas berkeluasan 60 kaki persegi dengan sewa sebanyak RM2180 sebulan.
Kesimpulan
Kita seharusnya bersyukur dengan keadaan ekonomi di Malaysia ketika ini yang tidak menjadi seteruk negara Hong Kong walaupun diakui kita sebenarnya sedang hadapi krisis ekonomi yang begitu membimbangkan.
Walaubagaimanapun, kita perlulah amalkan hidup secara sederhana dan berjimat cermat sebanyak mana yang boleh. Pasti tak terfikir seandainya kita hadapi seperti negara Hong Kong, macam mana pula situasinya?
Hmm.. renung-renungkan..