Masalah Mental Belia Malaysia Meningkat, Seawal Usia 16 Tahun Melonjak 29.2%

Trending

Masalah Mental Belia Malaysia Meningkat, Seawal Usia 16 Tahun Melonjak 29.2%

depressionMasalah kesihatan mental, merokok dan obesiti didapati semakin meningkat dalam kalangan belia di Malaysia.

Menurut laporan New Straits Times Online, Penyelidikan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 mendedahkan isu-isu kesihatan mental dalam kalangan belia berusia 16 tahun melonjak daripada 10.7% pada tahun 2011 kepada 29.2% pada tahun lepas.

Advertisement

Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Norlia Yahya juga menyifatkan gaya hidup yang tidak aktif sebagai punca golongan ini terjebak dalam amalan ketagihan merokok dan pemakanan yang tidak sihat.

“Ini seterusnya menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental,” kata Dr Norlia pada majlis pelancaran Program Siswa Sihat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan sedang berusaha ke arah melaksanakan program dan kempen untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar sebagai usaha untuk menangani masalah ini.

Pada awal bulan ini, satu kajian baharu oleh UCLA mendedahkan latihan fizikal menjadi cara yang berkesan untuk mengurangkan gejala-gejala skizofrenia.

Ini menyokong kajian-kajian baharu lain yang menunjukkan aktiviti fizikal boleh melegakan gejala-gejala kebimbangan mental seperti kemurungan dan kebimbangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...