Siapa dekat sini alami masalah kulit kusam dan rosak? Maklumlah, dengan cuaca yang tak menentu sekarang ni, kulit kita tak dibiasakan dengan keadaan sekeliling yang akan menyebabkan masalah kulit kusam dan rosak berlaku.
Jadi, satu-satunya solusi untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan losen atau pelembap kulit. Namun, walaupun banyak produk terjual di pasaran, anda perlu kaji dulu bahan kandungan pada produk sebab tak semua produk mempunyai 2 bahan penting ini.
Jadi, apakah bahan penting yang dimaksudkan dan sejauh manakah keberkesanan 2 bahan ini berbanding dengan keluaran produk lain? Jom tengok pendapat doktor pakar tentang pemilihan produk dan bahan yang sesuai untuk masalah yang anda alami.
Doktor Syorkan 10 Super Vitamin Sesuai Untuk Memulihara Kulit Dengan Kelembapan Berkekalan Meningkatkan Hidrasi Kulit
Haa, kalau anda tengok video ni, Dr Say Shazril yang merupakan seorang doktor influencer, menerangkan hasil gabungan bahan Vitamin C dan Niacinamide dalam losen dapat memberikan kesan positif kepada kulit.
Manakala, untuk kandungan lain seperti Glutathione yang dikatakan mempunyai 10 kali ganda lebih berkesan daripada Vitamin C adalah kurang tepat sebab ia harus bergabung dengan Vitamin C untuk kesan yang lebih efektif.
Jadi, anda kena berhati-hati apabila memilih produk yang bersesuaian pada kulit.
Beliau juga berkongsi losen NIVEA Super 10 mengandungi dua bahan penting ini serta dapat membantu kulit untuk menjadi lebih cerah dan kekal terhidrat! Wow, macam best je!
Gabungan Terbaik Dalam Losen NIVEA 10 Super Vitamin & Skin Foods
Haa, anda mesti tertanya-tanya kan apa yang menarik dengan losen NIVEA 10 Super Vitamin & Skin Food ni sampai Dr Say boleh recommend untuk anda pakai.
Untuk pengetahuan, losen ini dirumus dengan kombo nutrien unggul Vitamin C dan Niacinamide, 100x kuasa pemulihan untuk memulihara kulit kusam dan rosak. Wow, bagusnya!
Bukan itu saja, dengan formulasi Vitamin C dan Niaciamide serta gabungan yang ada pada losen ini, ia dapat membantu untuk memperbaharui kulit kita dan menyingkir sel-sel kulit mati, agar lebih sihat dan licin. Jadi, siapa yang ada masalah kulit kering tu, memang wajib pakai losen ni!
Kalau anda nak tengok kesan yang ketara, anda kena pakai losen ini secara teratur dan konsisten tau. Barulah kulit kelihatan lebih cantik dan berseri!
Selain itu, kalau anda selalu pakai losen, mesti risau tentang tekstur losen tersebut terasa agak berat betul tak?
Haa, dengan NIVEA 10 Super Vitamins & Skin Foods ni, anda tak perlu risau sebab ia mempunyai tekstur yang sangat ringan, tak melekit serta lebih mudah meresap ke dalam kulit tau. Jadi, kalau anda nak pakai lepas mandi pun tak menjadi masalah~
Juga Didapati Dalam Losen NIVEA C&E, C&E
Selain losen NIVEA 10 Super Vitamins & Skin Foods, anda juga boleh gunakan losen NIVEA Vitamin C&E dan NIVEA Vitamin C&A sebab ia juga dapat memberikan kesan yang efektif, bergantung kepada fungsi setiap losen.
Untuk losen NIVEA Vitamin C&E, ia dirumus khas dengan 50x Vitamin C yang dapat membantu untuk memulihara masalah kulit kusam dan tona tidak sekata.
Selain itu, ia juga mempunyai Vitamin E yang dapat menyediakan hidrasi agar kulit kekal lembab dalam masa 7 hari.
Manakala, untuk losen NIVEA Vitamin C&A pula, ia juga dirumus dengan Vitamin C yang dapat memperbaiki masalah kulit serta diperkaya dengan 100x Vitamin A yang dapat membantu untuk melicinkan kulit kita dalam masa 7 hari. Wow, menarik!
Kulit Lebih Sihat Berseri Dengan NIVEA
Haa, banyakkan kelebihan kalau menggunakan losen-losen daripada NIVEA ni. Kalau anda nak memiliki kulit yang sihat, lembab dan licin, anda wajib cuba ketiga-tiga losen daripada NIVEA ni!
Anda boleh dapatkan losen-losen ini di Watsons, Shopee, Lazada, farmasi serta pasar raya yang berdekatan.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi NIVEA atau ikuti media sosial mereka di Facebook dan Instagram.