Cuka epal atau Apple Cider Vinegar (ACV) minuman kesihatan yang digunakan selama berabad-abad mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan.
Beberapa manfaat yang bagus dalam pengambilan cuka epal secara berkala ialah dapat menurunkan berat badan, melindungi diri dari kolesterol tinggi dan dapat mengawal gula dalam darah.
Tahukah anda, apple cider vinegar (ACV) juga boleh digunakan sebagai pencuci muka untuk menyingkirkan bakteria yang terkumpul di kulit muka.
Menurut pakat pemakanan, Eleesha Lockett, mencuci muka dengan cuka membantu menyingkirkan lebih banyak bateria dan minyak.
Bahan yang diperlukan untuk mencuci muka hanyalah sedikit air suam dan satu sudu besar ACV dan campurkan kedua-dua bahan kemudian kacau sebati.
“Sekiranya anda sudah terbiasa dengan dunia penjagaan kulit, anda mungkin sudah mengetahui banyak cara orang menggunakan ACV”.
“Apabila ia digunakan sebagai pencuci muka, ACV adalah cara yang berkesan untuk membersihkan kulit dari bakteria dan lebihan kotoran”.
Malahan, segelintir warganet mendakwa ACV juga berkesan untuk merawat bintik hitam. Caranya ialah dengan merendam kapas di dalam cuka dan lap bahagian bintik hitam dengan kapas yang direndam tadi.
Cuka adalah antibakteria semulajadi, jadi ia amat bagus untuk mencegah bintik-bintik hitam. Tetapi, jika anda mempunyai kulit yang sensitif, elakkan penggunaan cuka epal kerana ia mungkin akan menyebabkan iritasi.