Masalah Gangguan Sistem Di KLIA, Penumpang Diminta Tiba Empat Jam Lebih Awal

Trending

Masalah Gangguan Sistem Di KLIA, Penumpang Diminta Tiba Empat Jam Lebih Awal

Gangguan sistem yang berlaku sejak lewat malam tadi telah menjejaskan beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Disebabkan itu, para penumpang disarankan tiba empat jam lebih awal dari waktu penerbangan untuk mengelakkan sebarang masalah.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan gangguan tersebut telah menganggu sistem lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter-kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

Advertisement

“Semua kakitangan lapangan terbang yang berkaitan ditugaskan untuk membantu penumpang di lapangan kerana kami menjangkakan keadaan ini akan berterusan sepanjang hari ini.”

Setakat jam 10.30 pagi tadi, 20 penerbangan yang dilaporkan ditangguhkan di terminal utama KLIA dan antara penerbangan terjejas itu termasuk ke Narita, Jepun; Perth, Sydney dan Melbourne, Australia; Jakarta, Indonesia; London dan Hong Kong.

Penumpang disarankan untuk berhubung dengan Airport CARE Ambassadors atau hubungi 03-8776 2000 sekiranya ingin mendapatkan sebarang maklumat tentang penerbangan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...