Ingat tak lagi zaman kita boleh keluar bersuka ria tanpa sebarang peraturan dan halangan? Percaya tak semua ini berlaku dalam tahun 2020 dan kita sudah pun mendekati penghujung tahun tapi keadaan nampaknya masih genting.
Jawabnya kita yang terpaksa mengubah gaya hidup sendiri demi menyesuaikan diri dengan suasana semasa. Haihhh…
Sedar tak sedar, banyak sebenarnya rutin harian kita dah berubah. Bukan sahaja cara bergaul malahan etika penjagaan diri pun dah diatur mengikut prosedur operasi standard yang dicanang oleh kerajaan kini. Memang untuk melindungi diri sendiri dan juga orang ramai, tapi sebenarnya rutin ini mungkin membawa padah sekiranya diamalkan dengan cara yang salah!
Pelitup muka pelindung wabak tapi penyebab jerawat
Sejak dua menjak ini, ada tak korang terdengar mengenai terma ‘mask-ne’? Kalau nak tahu ia adalah gabungan nama di antara mask (pelitup muka) dan acne (jerawat). Disebabkan wap udara dan peluh yang terperangkap dalam tempoh yang lama selain ada yang gatal tak tukar pelitup muka sampai berminggu lamanya, tak peliklah jerawat mula kunjung tiba. Sedih betul! Cuba nak lindungi diri daripada dijangkiti anasir jahat tapi wajah pula terpaksa menerima tempiasnya.
Sentuh wajah selepas guna hand sanitizer
Umum mengetahui bahawa hand sanitizer mempunyai kandungan alkohol yang agak tinggi. Memang bagus apabila digunakan untuk menyahkan bakteria pada tangan tapi yang jadi masalahnya apabila anda terpegang wajah semasa cecair pembasmi kuman ini belum kering. Mungkin anda tak sedar, apabila alkohol terkena pada kulit sebenarnya ia mampu mengeringkannya. Jadi, jangan terkejut kalau kulit muka anda bersisik secara tiba-tiba tahu.
Obses dengan mencuci muka
Disebabkan terlampau paranoid ditemani wabak, anda pun mula mencuci muka sekerap mungkin. Sampaikan anda bawa pencuci muka ke dalam dakapan sewaktu tidur! Disebabkan obsesi inilah, kulit wajah anda mengalami dehidrasi dan tompok putih akan mula kelihatan dek bahan kimia tajam yang menghakis kelembapan pada wajah. Boleh berjaga-jaga tapi jangan sampai perjudikan kulit anda.
Sambil lewa hal penjagaan wajah sebab terperap di rumah
Disebabkan jadual harian yang dah tak sibuk kini, anda beranggapan bahawa tak perlu beria dengan rutin penjagaan wajah sebab kulit tak terdedah sangat dengan anasir luar kan? Salah! Dalam diam sebenarnya, kulit anda masih mempunyai ruang untuk mendapat masalah kerana kurang menerima cahaya matahari dan juga keadaan bilik yang dikerumuni dengan pelbagai habuk. Tak guna meraung kalau jerawat mula muncul disebabkan hal ini tahu.
Runsing kan apabila terfikir cara untuk menyesuaikan diri dengan norma dan rutin baru ini? Tak perlu pecah kepala sebenarnya kerana perubahan tak perlu dilakukan secara kasar tapi mampu diselesaikan secara lembut dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser.
Cetaphil ambil peduli mengenai kesihatan kulit anda dengan ‘How’s Your Skin’
Perubahan sebenarnya merupakan sesuatu yang menakutkan kan? Susah sebenarnya nak tukar tabiat asal yang sudah dipraktikkan selama bertahun-tahun lamanya, pasti anda akan berasa janggal dan asyik berfikiran negatif bahawa percubaan itu akan gagal.
Kerana pandemik COVID-19 yang melanda dunia, setiap manusia dihentam dengan gelombang norma baru bagi menentang virus berbahaya ini. Habis gaya hidup normal di’reset’ dan yang paling terjejas pastinya cara penjagaan diri kerana ia adalah perisai utama kepada masalah ini. Lebih baik anda menjaga diri, lebih jauh kemungkinan anda dilawat virus jahat.
Mencuci wajah kerap kali mungkin akan menyebabkan lapisan perlindungan wajah terhakis tetapi dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, anda tak perlu risau langsung mengenai masalah ini. Tak percaya? Pembersih muka ini dicipta untuk melindungi lapisan kulit dan dalam masa yang sama mengunci kelembapan ‘ngam-ngam’ malah tak kacau langsung lapisan minyak semula jadi yang diperlukan oleh kulit kita. Kulit pasti lembut bak sutera!
Perubahan adalah sesuatu yang pasti, tiada satu benda pun yang akan kekal sama untuk selamanya termasuklah kulit anda. Bayangkan ianya menghadapi pelbagai perubahan faktor seperti cuaca, kesihatan, aktiviti harian dan banyak lagi, sudah pasti keadaan kulit akan berubah mengikut kesesuaiannya.
Cetaphil Gentle Skin Cleanser sesuai digunakan oleh semua jenis kulit termasuklah yang berminyak, kering, kombinasi, sensitif dan senang berjerawat. Tak perlu runsing lagi dan pilih sahaja Cetaphil Gentle Skin Cleanser kerana ianya berfungsi tanpa mengira keadaan kulit. pH di dalamnya yang seimbang turut membuatkan pengalaman menggunakannya lebih menyeronokkan.
Serius memang mantap tahu Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini! Nak tahu kenapa? Pembersih ini adalah #bebassabun dan #bebaspewangi di mana ia tidak menyebabkan iritasi pada kulit apabila diguna sekerap mana pun. Bukan omong kosong kerana 99% wanita turut mengakui bahawa Cetaphil Gentle Skin Cleanser ini membersihkan wajah dengan lembut dan tetap mampu #melembapkan dalam masa yang sama.
Rangkaian produk Cetaphil bantu selesaikan masalah kulit dalam sekelip mata
Basuh muka dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser sahaja tak cukup! Anda perlu lengkapi rutin penjagaan yang ideal dengan penggunaan pelembap Cetaphil Moisturizing Cream dan juga pelindung matahari Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+.
Kalau anda nak tahu, Cetaphil Moisturizing Cream ini #dipercayaipakardermatologi kerana ianya mampu menyimpan kelembapan di dalam kulit selama 24 jam lamanya. Sekali pakai, terus boleh rasa kulit anda menjadi lembut, licin dan dikawal rapi oleh pelindungnya. Rasa gebu gebas kulit keseluruhan badan selepas mengamalkannya!
Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ pula hadir sebagai pelindung cekal daripada pancaran cahaya matahari dan memastikan kulit anda tak terjejas dan kekal sihat. Bukan sahaja bertindak sebagai perisai malah ianya mampu melegakan dan melembapkan kulit. Lagi best, pelindung matahari ini sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh disapu pada wajah dan juga keseluruhan badan.
Terkejut kan apabila mendengar kebaikan produk Cetaphil? Tak perlu seksa kulit anda dengan pembersih menyakitkan sedangkan anda boleh memanjakan wajah dengan Cetaphil Gentle Skin Cleanser, ya tak?
Bagi yang dah tak sabar nak dapatkan kulit wajah yang sihat ketika menjalani rutin dan norma baru ini, anda boleh boleh layari laman web Cetaphil di siniuntuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk hebat ini
#CetaphilBerkesan untuk penjagaan kulit yang lembut mengikut rutin baru kini!