Masalah Air Di Selangor, Ini Senarai Gangguan Bekalan Air Yang Pernah Berlaku Sepanjang Tahun 2019

Kehidupan

Masalah Air Di Selangor, Ini Senarai Gangguan Bekalan Air Yang Pernah Berlaku Sepanjang Tahun 2019

Rakyat Selangor pastinya tahu betapa kerapnya masalah gangguan bekalan air ini berlaku di sini. Pada tahun ini sahaja, sebanyak 10 kali gangguan bekalan air berlaku di Selangor bermula pada bulan Januari sehinggalah Disember ini.

Bukan sahaja gangguan pada bekalan air tetapi masalah air berbau juga sudah beberapa kali berlaku tahun ini. Antara punca yang menyebabkan ianya berlaku ialah pencemaran di loji air.

Advertisement

Pencemaran Sungai Semenyih

air selangor

Gangguan bekalan air yang berlaku sejak 21 Disember yang lalu akhirnya pulih sepenuhnya pada hari ini. Pencemaran bau yang berlaku di Sungai Semenyih telah menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa diberhentikan.

Kesannya, sebanyak 348 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas. Sisa kimia toksik yang dibuang telah menyebabkan loji tersebut ditutup dengan serta merta.

sisa kimia toksik

Kredit: Facebook

Januari 2019

Pada 11 Januari, sebanyak 20 kawasan di ibu negara telah mengalami gangguan bekalan air antaranya di Bukit Bintang, Bukit Ceylon, Kampung Datuk Keramat, Pudu, Chow Kit dan Taman Duta.

Gangguan berlaku kerana kerja-kerja pembaikan kebocoran serius paip air mentah dan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Bukit Nanas.

Mac 2019

19 Mac, bekalan air di 59 kawasan di wilayah Petaling, Hulu Langat dan Sepang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik melibatkan beberapa rumah pam di kawasan sekitar Seri Kembangan.

Turut terjejas adalah tiga kawasan di wilayah Sepang iaitu Taman Lestari Permai, Taman Alam Putra dan Taman Prima Tropika.

April 2019

gangguan bekalan air

Kredit: Bernama

18 April, gangguan bekalan air sehingga 86 jam berlaku di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2) pada 24 April.

Mei 2019

paip pecah

Kredit: Bernama

9 Mei, tiga paip utama pecah di tapak projek pembinaan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) Banting-Taiping di Klang. Sebanyak 65 kawasan di daerah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas tiga paip utama di kawasan pembinaan lebuh raya itu pecah.

Jun 2019

3 Jun, sebanyak 84 kawasan di daerah Klang dan sembilan kawasan di daerah Kuala Langat terjejas disebabkan insiden paip pecah di jajaran paip utama 1800mm di Setia Alam, Shah Alam.

Julai 2019

23 Julai, beberapa kawasan di daerah Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula 23 hingga 26 Julai 2019.

gangguan bekalan air

Kredit: Bernama

Gangguan berlaku untuk memberi laluan kerja penambahbaikan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1) pada 23 Julai.

September 2019

28 September, Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya selepas berlaku insiden pencemaran bau dengan bacaan lima ton di sumber air mentah Sungai Semenyih.

Sebanyak 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang terjejas.

Oktober 2019

gangguan bekalan air

Kredit: Bernama

4 Oktober, sebanyak 1,143 kes aduan air berbau yang dilaporkan pengguna sejak 28 Sept 2019. Kerja-kerja pencucian di 29 rangkaian sistem perpaipan dari 31 kawasan aduan berdasarkan wilayah dijalankan sehingga di wilayah Petaling, Hulu Langat, Sepang dan Kuala Langat.

29 Oktober, kira-kira 120 kawasan di Gombak dan 57 kawasan di Kuala Lumpur melibatkan 119,630 akaun pelanggan berdaftar Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengalami gangguan bekalan air sementara selama 23 jam.

Ia berikutan pelaksanaan kerja kecemasan penggantian injap suis di kawasan Kolam Air Kepong Estate yang mengalami kebocoran serius.

Disember 2019

21 Disember, sebanyak 348 kawasan dengan akaun pengguna sebanyak 328,957 di Wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air.

Ianya disebabkan oleh pencemaran bau yang berlaku di Sungai Semenyih dan menyebabkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa diberhentikan.

Tahun ini sahaja mencatatkan kira-kira sepuluh kes gangguan bekalan air di Selangor. Untuk kes yang diakibatkan oleh pencemaran, ramai yang meminta hukuman lebih berat dan serius dikenakan kepada pesalah.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...