Pelakon Fizo Omar menerusi sebuah hantaran di Instagram telah menggesa pihak kerajaan negeri Kelantan untuk mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah air tercemar yang masih tidak berkesudahan sehingga ke hari ini.
Fizo juga meluahkan rasa kecewa kerana dia sendiri melalui pengalaman menerima bekalan air kotor di negeri tersebut di samping memuat naik sebuah video berkaitan hal tersebut.
View this post on Instagram
Ujarnya lagi, dia bukan berniat untuk merungut namun hanya menggunakan haknya sebagai rakyat untuk bersuara mengenai kualiti air di Kelantan.
Masalah ini bukan isu baru pada hari ini tapi sudah bertahun-tahun. Air ialah keperluan harian dan tiada pilihan lain selain daripada air dari paip kerajaan. Tolong lakukan sesuatu kerajaan negeri! Bukan nak merungut tetapi sebagai rakyat saya patut bersuara.
Tambah pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar ini lagi, dia berharap agar suaranya sebgai rakyat negeri itu dapat didengari dan pihak berwajib boleh mengambil tindakan segera.
View this post on Instagram
Dia dalam pada itu turut memohon maaf sekiranya suara yang diutarakan itu tidak disenangi namun hanya meluahkan hakikat sebenar yang dihadapi rakyat Kelantan sejak berkurun lamanya.
Sekadar info, masalah air kotor dan bekalan terganggu sudah lama disuarakan oleh penduduk Kelantan namun ia masih lagi terjadi sehingga ke hari ini.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.