Tular di media sosial semalam mengenai satu video memaparkan beberapa pengguna kenderaan jenis Honda berkumpul beramai-ramai sambil memasak mi segera di sebuah stesen minyak.
Dalam video itu, terpapar seorang wanita sedang memasak makanan itu sebelum dihidangkan kepada ‘geng-geng’ yang berdekatan.
Macam mana diorang ni boleh terfikir nak pasang stove dekat stesen minyak? 😰 pic.twitter.com/BvBr5h8It9
— 🇲🇾 (@localrkyt) May 12, 2024
Video itu kemudiannya menjadi tular dan mengundang rasa amarah memandangkan stesen minyak adalah satu kawasan yang mudah terbakar.
Apa yang lebih membuatkan netizen panas hati adalah mereka kelihatan bersahaja seperti tidak melakukan kesalahan ketika melakukan aktiviti merbahaya seperti itu.
Malah, ketika kereta peronda polis sampai di lokasi, mereka juga seakanakan tidak mengendahkan kehadiran pihak berkuasa itu.
Pemilik video itu juga dilihat membalas komen-komen netizen dengan nada sinis di TikTok.
Setelah dikecam hebat oleh warga maya, video tersebut dilaporkan telah dipadam malah pemilik video itu juga turut sama ‘lenyap’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.