Masak Bihun Untuk Penduduk, Jumpa Bangkai Dalam Bekas Sos Cili

Trending

Masak Bihun Untuk Penduduk, Jumpa Bangkai Dalam Bekas Sos Cili

image (1)

Seorang ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga Taman Merbau, Tikam Batu di sini terkejut apabila menemui bangkai tikus di dalam bekas sos cili yang dibelinya untuk digunakan memasak bihun kepada penduduk yang menghadiri program ceramah agama di surat tersebut pada petang kelmarin.
Salbiah Saad berkata, dia tidak menyangka bekas sos cili seberat empat kg, yang mempunyai logo JAKIM itu mengandungi haiwan perosak tersebut.

Advertisement

Saya selalu juga beli sos cili jenama ini sebab ada cop Jakim, jadi tak was-was nak guna. Tak sangka pula ada tikus mati di dalamnya.

“Nasib baik tak jadi masak, kalau tak mesti ramai penduduk kena keracunan makanan,” katana sebagaimana lapor Sinar Online.

Salbiah turut  berkata dia menemui bangkai haiwan itu bersama 10 penduduk taman terbabit yang sedang sibuk menyiapkan kuah untuk bihun tersebut.

Lepas dah masuk bahan nak masak bihun, saya baru buka botol sos berkenaan dan nak tuang ke dalam kuali. Tapi sosnya tak keluar-keluar. Lepas itu saya picit-picit botol itu, keluar seketul objek hitam yang menyerupai bangkai haiwan.

“Kami terkejut, tengok-tengok, tikus yang mati dalam bekas sos tu. Memang terus meremang bulu roma dan rasa jijik tak terkata,” katanya.

Menurut Salbiah lagi, mantan pegerusi KRT, Mohd Saiful Asri telah membuat aduan kepada KPDNKK dan tindakan bakal diambil ke atas syarikat pengeluar sos tersebut yang beralamat di Perai.

Sementara itu, Imam Surau Al-Kauthar Taman Merbau berharap agar JAKIM menyiasat logo halal itu sama ada sah atau tidak.

Sejak kebelakangan ini, banyak kes pemalsuan logo halal pada produk makanan yang mengelirukan pengguna, terutamanya Islam yang lebih yakin terhadap produk dengan logo halal ini.

“Selain Jakim, Jabatan Kesihatan Negeri juga diminta untuk menyiasat tahap kebersihan produk dihasilkan syarikat berkenaan kerana ia membabitkan nyawa manusia dan juga semua agensi lain,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...