Bukan saja hilang selera, malah bila dengar ada masakan yang dimasak dengan ubat batuk pasti ramai yang sedar tentang bahayanya perkara yang dilakukan itu.
Susulan cabaran dinamakan sebagai ‘sleepy chicken’ yang kini sedang menjadi trend di platform TikTok itu, pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat Amerika Syarikat (FDA) telah mengesahkan ia sememangnya sangat berbahaya.
Trend tersebut difahamkan cabaran buat warganet untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, dimana ianya mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Ubat yang didihkan sekali bersama dengan ayam itu akan berubah menjadi pekat dan sifatnya akan berubah.
Tambahan pihak FDA lagi, biarpun tidak memakan masakan tersebut, dengan hanya menyedut wap masakan itu boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan dan membahayakan paru-paru.
Difahamkan ini bukan kali pertama FDA memberi amaran tentang menggunakan ubat dalam masakan, bahkan pada 20 September 2020, ada cabaran dinamakan sebagai Cabaran Benadryl telah membuat beberapa remaja memasuki hospital dan ada yang meninggal dunia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.