Perkongsian video pendek oleh penyanyi dan bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, di Instagram telah mengundang pelbagai reaksi dan teka-teki dalam kalangan peminat dan netizen.
Dalam hantaran tersebut, Syasya yang kelihatan anggun dengan busana serba putih memberi isyarat bahawa dia bakal berkongsi sesuatu yang telah lama dinantikan oleh pengikutnya.
Akhirnya… masa yang korang tunggu selama ni dah tiba. I am ready to share with you.
Ruangan komen cepat dipenuhi dengan pelbagai spekulasi, dengan ramai yang beranggapan kemungkinan besar Syasya akan mengumumkan kehamilannya.
Syasya pregnant lagi ke?
Syasya sebelum ini mengumumkan pengunduran rasminya daripada kumpulan Dolla pada 8 April lalu atas alasan peribadi. Tidak lama selepas itu, beliau melangsungkan pernikahan dengan suaminya, Nasrullah, dalam majlis tertutup pada 21 April.
Setakat ini, tiada kenyataan lanjut daripada Syasya, namun ramai peminat mengakui mereka teruja dan tidak sabar menantikan apa yang bakal dikongsikan oleh penyanyi berbakat besar ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.