“Masa Tu I Masih Mengandung..” – Shermine Dakwa Mira Putus Tunang Sebab Nak ‘Bersama’ View Chin

Trending

“Masa Tu I Masih Mengandung..” – Shermine Dakwa Mira Putus Tunang Sebab Nak ‘Bersama’ View Chin

Isteri kepada TikToker terkenal, View Chin iaitu Shermine Hau Ah Moi memaklumkan dia akan membuat laporan kepada pejabat berkuasa agama berhubung tindakan pekerja, Amirah Aqilah yang menjadi punca kemelut rumah tangga mereka.

Menerusi temu bual bersama Sin Chew Daily, Shermine berkata dia telah berbincang mengenai perkara ini dan akan menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Bukan itu sahaja, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut memaklumkan dia tidak pernah mendapat sebarang permohonan maaf daripada Mira walaupun sudah mengetahui dia mempunyai hubungan sulit bersama suaminya.

Dia langsung tidak menghubungi saya dan saya percaya dia sedang bersembunyi.

Dalam pada itu, Shermine menafikan dakwaan yang mengatakan Mira merupakan isteri orang dan telah berkahwin, sebaliknya dia hanya pernah bertunang.

Bagaimanapun, hubungan pertunangan itu tidak kekal lama dan terputus kerana dia telah menjalinkan hubungan dengan View Chin.

Mira belum kahwin, dia cuma bertunang. Kami sendiri yang datang ke majlis pertunangannya, masa itu saya sedang mengandung.

@jinalrzux5s

Masa tu i masih mengandung? #ahmoiview #ahmoi #tiktokmalaysia #shermine #viewchin #malaysianinfluencer #teamviewchin #viewchintiktoklive #mira

? Dj Sembiilu Berbiisa – DJ BAHBUS

Terdahulu, Shermine Hau-Ah Moi telah mendedahkan perbuatan curang suaminya dengan memuat naik beberapa bukti perbualan mesra antara View Chin dan Mira di aplikasi WhatsApp.

Susulan itu, kontroversi antara View Chin dan Mira mula tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

'Skandal' View Chin Sembunyikan Diri, Tak Nak Balik Raya Sebab Malu & Trauma Kena Kecam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...