“Masa Tu Hujan Selebat-Lebatnya, Tiba-Tiba Bunyi Kuat Dekat Kereta Tu Hilang” – Norreen Iman Kongsi Detik Dapat Hidayah

Hiburan

“Masa Tu Hujan Selebat-Lebatnya, Tiba-Tiba Bunyi Kuat Dekat Kereta Tu Hilang” – Norreen Iman Kongsi Detik Dapat Hidayah

Penghijrahan seseorang selebriti itu sudah tentu akan menyejukkan hati ramai pihak terutamanya peminat mereka dan penggemar industri hiburan.

Seperti pelakon baru, Norreen Iman yang menjadi sebutan baru-baru ini selepas mendedahkan dia sudah mula melakukan perubahan terhadap penampilannya.

Advertisement

Menurut pelakon tersebut, dia kini sedang berusaha untuk menutup aurat dengan lebih sempurna dan mengambil langkah untuk memadam gambar serta video lamanya.

norreen iman
3 months ago

“Menangis Bila Delete Tapi..” - Padam Semua Gambar & Video ‘Freehair’, Norreen Dalam Usaha Nak Bertudung

 

Cara mendapat hidayah yang tak disangka-sangka

Kongsi aktres 29 tahun itu menerusi Instagram story, hujan yang berhenti secara tiba-tiba ketika dia mahu keluar dari kereta adalah cara hidayah diberikan kepadanya.

Ketika kejadian, Norreen berada di dalam kereta bersama Tya Adnan, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya namun cuaca sewaktu itu hujan yang sangat lebat.

norreen

Terdetik di hati Norreen, bagaimana mereka mahu keluar dari kenderaan tersebut dan mereka juga tidak mempunyai payung.

Ya Allah, macam mana nak keluar kereta ni.

 

Hujan lebat selebatnya tiba tiba berhenti

Tambah Norreen, secara tiba-tiba hujan yang begitu lebat dan kedengaran kuat di bumbung kereta terus berhenti membuatkan mereka berdua tergamam.

Ketika waktu itu, hati Norreen sangat tersentuh dengan kekuasaan Allah SWT dan sangat terharu apabila Dia mendengar doa mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jentikhati™ (@jentikhati)

Perubahan Norreen menggembirakan ramai kenalan serta pengikutnya yang turut mendoakan agar usahanya ini dipermudahkan serta istiqamah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...