“Masa Tu Dah Terbayang Muka Athira” – Noh Salleh ‘Menangis’ Gara-Gara Latihan Muay Thai, Terinspirasi Dari Siti Nurhaliza

Hiburan

“Masa Tu Dah Terbayang Muka Athira” – Noh Salleh ‘Menangis’ Gara-Gara Latihan Muay Thai, Terinspirasi Dari Siti Nurhaliza

Terpegun dengan tenaga luar biasa yang ditampilkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sepanjang Konsert Violet Skies di Genting Highlands pada 5 dan 6 Julai lalu, penyanyi Noh Salleh membuat keputusan untuk menyertai kelas Muay Thai.

Menerusi perkongsian di Instagram, Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh berkata beliau terpanggil untuk mengikuti jejak langkah Siti Nurhaliza yang mendedahkan rahsia staminanya adalah dengan menyertai seni mempertahankan diri itu.

Advertisement

At this moment, aku rasa aku kena juga ‘register’ kelas Muay Thai sebab TokTi (Siti Nurhaliza) sukses, stamina power sampai habiskan konsert dua hari.

Dia kata rahsianya adalah Muay Thai. Aku pun cari tempat bersesuaian untuk belajar Muay Thai di dalam hutan ini yang terletak di Damansara Jaya.

Walaupun bersemangat pada mulanya, vokalis kumpulan Hujan ini mengakui latihan Muay Thai bukan sesuatu yang mudah dan memerlukan ketahanan fizikal serta mental yang tinggi.

Ini hari pertama aku, aku macam yakin sebab bangun pagi-pagi ada tenaga. Tapi ternyata ini hanyalah 20 saat pertama. Aku dah macam nak menangis, rasa nak pengsan sebab tak ada oksigen.

Tak sampai seminit, rasa nak pengsan lagi. Waktu itu dah terbayang muka Athira (isteri), dan rasa nak balik dah waktu ini. Memang tiada oksigen sampai jurulatih perasan. Itulah serba sedikit kelas aku.

Terdahulu, Noh turut dijemput sebagai artis jemputan pada hari kedua konsert Violet Skies, dan sempat menyaksikan sendiri persembahan penuh bertenaga Siti Nurhaliza.

Siti sebelum ini pernah berkongsi bahawa beliau aktif melakukan aktiviti Muay Thai sebagai sebahagian daripada rutin kecergasannya untuk kekal sihat dan cergas, terutama bagi mengekalkan stamina semasa persembahan berskala besar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Norlia Ghani respon perceraian anak dengan sharon paul
2025-07-14 12:30:08

Norlia Ghani Buka Mulut Isu 'Cold Violence', Perceraian Rusdi Ramli Dengan Sharon Paul - " Dia Memang Seorang Yang.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...