Seorang wanita dikenali sebagai Natrah mendedahkan dia pernah bekerja juruwang di sebuah pusat hiburan atau bar namun kini memilih untuk berhenti dan memerbaiki dirinya ke arah lebih baik.
Menurut laporan Mstar, Natrah atau nama penuhnya Khairun Natrah Md Toho berkata dia berdepan pelbagai tomahan dan cacian gara-gara pekerjaan yang dipilih.
Bagaimanapun, wanita berusia 25 tahun itu menganggap ia sebagai satu pengalaman untuk mematangkan diri.
Saya sempat kerja cashier dekat bar club selama 2 tahun 3 bulan. Gaji sebulan boleh cecah RM3,000 hingga RM4,000.
Menurut Natrah, dia dahulunya bekerja di dalam bidang akaun namun mengakui berasa bosan duduk di pejabat dengan gaji yang hanya ‘cukup-cukup makan’.
Saya berkahwin pada tahun 2019, ketika itu saya berumur 21 tahun. Umur 23 baru kerja dekat bar.
Malah, Natrah memaklumkan suaminya turut mengetahui tentang pekerjaan dan sudah menasihati untuk berhenti.
Dia cakap nak kerja boleh, tapi bila sampai masanya, berhentilah. Kerja tak berkat tapi masatu saya ikut kepala sendiri je.
@bynattyyy_ Alhamdulillah Allah permudahkan segala nya ??? bila dah rasa sendiri sakit nya bersalin, sakit nya menahan contraction, sakitnya kena jahit hidup2 baru aku tahu besar pergorbanan seorang wanita bergelar ibu ??? wanita is superwomen! #fyp #foryoupage #tiktokpelitfyp #bumil #pregnancy #fyp? #xcyba #firstmom
Namun, Natrah mengakui hatinya tidak pernah tenang sehinggalah dia akhirnya berhenti dari perkerjaan tersebut pada tahun lalu.
Walaupun seronok kerja, tapi saya rasa tak tenang. Suami paling seronok bila saya berhenti.
Bukan itu sahaja, Natrah turut disahkan hamil selepas membuat keputusan untuk berhenti kerja.
Rupa-rupanya baby dah ada dalam perut masa saya berhenti tu. Saya kata ini rezeki tuhan. Allah betul-betul dengar permintaan saya.
@bynattyyy_ Tapi boonggg ? #fyp
Dalam pada itu, wanita itu memaklumkan dia kini sedang cuba untuk memakai tudung dan sudah selamat melahirkan bayi yang kini berusia 3 bulan.
Saya hanya nak kongsi pengalaman. Saya terkejut kisah ni viral. Mungkin ada yang baik, anda boleh ambil. Yang buruk jangan diikut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.