“Masa Tu Anak Umur 2 Tahun & 8 Bulan, Jangan Salahkan Anak-Anak Saya Kalau Diorang Tak Rasa Apa-Apa” – Rita Rudaini

Hiburan

“Masa Tu Anak Umur 2 Tahun & 8 Bulan, Jangan Salahkan Anak-Anak Saya Kalau Diorang Tak Rasa Apa-Apa” – Rita Rudaini

Baru-baru ini, pelakon, Rita Rudaini dan anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna telah mendapat perhatian netizen.

Menerusi satu hantaran di TikTok akaun pelakon itu, Rayyan sempat meminta netizen untuk tidak mengasihani mereka selepas dikatakan tidak mendapat kebenaran untuk berjumpa dengan bapa mereka, Aidil Zafuan.

Advertisement

rita rudaini dan anak-anak

Kita dah biasa, dah berjuta kali dengar. Dah muak dah dengar.

 

Tak payah kesian. Duduk kat rumah mana ada hari-hari nangis.

Pelakon itu turut mengatakan anak-anaknya itu tidak mempunyai memori bersama bapa mereka, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak disebabkan usia mereka berdua yang masih kecil ketika ditinggalkan oleh bapa mereka.

 

Jangan salahkan anak-anak sis kalau diorang takde rasa apa-apa. Diorang takde memori langsung. So takde nak rasa sedih.

 

Masa tu Rayyan umur 2 tahun, adik pula umur 8 bulan. Apa yang diorang ingat?

rita rudaini dan anak-anak

Sis pun dulu ditinggalkan bapa umur 2 tahun jugak. Saya takde rasa apa-apa. Biasa je hidup sis. Bahagia hidup dengan amma dan dikelilingi keluarga dan saudara mara sis yang baik.

 

Mencurah-curah kasih sayang sis dan abang dapat. Tak terkesan! Begitu juga dengan Rayyan dan Arjuna.

@ritrud727Jgn salahkan anak2 sis klau dorg xde rasa apa2..dorg xde memori langsung..so xde nk rasa sedih..masa tu ryan 2thn,adik 8bulan…apa yg dorg ingat?? Sis pon dulu di tinggalkan bapa umur 2thn jugak..sy xde rasa apa 😊 biasa ja hidup sis …bahagia hidup dgn mama dan di kelilingi family n sedara mara sis yg baik…mencurah2 kasih syg sis n abg dpt…tak terkesan! Begitu juga dgn Ryan dan Arjuna….♬ original sound – ritrud727

Sekadar info tambahan, Rita Rudaini pernah mendirikan rumah tangga dengan Aidil Zafuan pada 2008 dan telah disahkan bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki, iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Anak anak tak bagi rita kahwin lagi
1 month ago

"Mommy Seorang Pun Dah Cukup Dah" - Anak-Anak Minta Rita Rudaini Tidak Berkahwin Lagi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...