“Masa Tak Dapat Meroyan, Dah Dapat Tinggal Ikut Suka” – Lelaki Dikecam Kritik Ibu Tinggal Anak Untuk ‘Me Time’

Kehidupan

“Masa Tak Dapat Meroyan, Dah Dapat Tinggal Ikut Suka” – Lelaki Dikecam Kritik Ibu Tinggal Anak Untuk ‘Me Time’

Satu perkongsian dan buah fikiran daripada seorang individu baru-baru ini di aplikasi X telah mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Tulis individu tersebut, ramai ibu bapa menghantar anak-anak ke taska atau pusat asuhan meskipun cuti bekerja atas alasan, ingin ‘me time’ ataupun rehat bersama pasangan tanpa kehadiran anak-anak.

Advertisement
lelaki me timeSumber : X  

Individu itu juga turut menggesa orang bujang terutamanya kaum lelaki untuk ‘menapis’ calon isteri dengan sebaiknya agar tidak terjebak dengan isu seperti ini.

Perkongsian tersebut ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya ‘naik angin’ dan tidak bersetuju dengan pendapat individu itu.

TwitterSumber : X  

Namun ada juga yang merasakan ada kebenaran di sebalik kenyataan tersebut kerana ada yang mendakwa kebanyakan pihak taska atau pusat asuhan ini menerima kanak-kanak yang dihantar ibu bapa meskipun waktu itu mereka tidak bekerja.

Waktu tak ada anak, bukan main meroyan nak anak, bila Allah dah bagi boleh pulak biar anak-anak di pusat asuhan hanya sebab nak bergedik dengan suami.

Apa pendapat anda? Kongsikan kepada kami.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Khairul Aming
4 months ago

"Ni Baru 'Penghasut' Yang Sebenar" - Penangan Reviu Khairul Aming, Gerai Cendol RM1 Diserbu, Untung Cecah RM10K!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : X

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...