“Masa Saya Masih Suami Orang, Kurang Pula Yang Bercakap Tentang Saya” – Penampilan Dikecam, Fazley Yaakob Tampil Bersuara

Hiburan

“Masa Saya Masih Suami Orang, Kurang Pula Yang Bercakap Tentang Saya” – Penampilan Dikecam, Fazley Yaakob Tampil Bersuara

Dikecam oleh kerana penampilannya yang dikatakan ke arah ‘adik-adik’ atau lelaki lembut, penyanyi dan chef terkenal, Datuk Fazley Yaakob akui dia semakin menjadi perhatian selepas bergelar duda sehingga hal seperti pemakaian kanta lekap berwarna dijadikan isu.

Memetik laporan Kosmo!Online, Fazley atau nama lengkapnya Ahmad Fazli Yaakob berkata, dia hairan kerana dakwaan tidak berasas itu menjadi bualan ramai sedangkan dia sudah hampir tiga tahun menjadi duta produk kanta lekap buatan Korea Selatan.

Advertisement

Fazley Yaakob

Sejak saya bercerai, ramai mula perhatikan itu ini. Dulu masa saya masih bergelar suami orang, kurang pula yang bercakap tentang saya.

 

Sedangkan saya dah jadi duta kanta lekap hampir tiga tahun. Kenapa baru sekarang orang nak persoal?

Chef itu turut memberitahu pemakaian kanta lekap itu bukan atas tujuan suka-suka ataupun mahu kelihatan lebih menonjol, sebaliknya demi memenuhi permintaan syarikat yang diwakilkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

Saya perlu pakai kanta lekap berwarna sebab itu syarat kontrak sebagai duta.

 

Warna yang saya pilih pun bukan keterlaluan, cuma mungkin sebab saya lelaki, nampak sedikit berbeza di mata orang.

 

Tapi bagus juga kalau orang perasan, secara tak langsung membantu saya mempromosikan produk yang saya gunakan.

Sebelum ini, penampilan Fazley Yaakob yang dilihat memakai kanta lekap berwarna itu menjadi perhatian ramai malah ada juga yang mengecam tindakan chef itu kerana dikatakan pemakaian kanta lekap itu kurang bersesuaian dengannya.

Fazley Yaakob dikritik pakai contact lens
1 week ago

Dikritik 'Tak Sedar Diri' Kerana Sering Pakai Kanta Lekap Berwarna, Ini Respon Fazley Yaakob

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...