Written by Bella | November 5th, 2018

Benar kata orang, jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Siapa sangka dahulunya Fattah Amin yang hanya berlakon watak ‘extra’ dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Nur Fazura kini sudah menjadi suami kepada aktres jelita itu.

Malah, Fattah sempat memuat naik foto ‘throwback’ saat pertama kali bertentangan mata dengan isteri tercinta sewaktu penggambaran filem tersebut sekitar tahun 2013 dengan kapsyen “Masa ini saya dah pandang dah jodoh saya tapi dia tak pandang saya pun.”

Fazura juga sempat memberikan komen yang agak ‘sweet’. Amboi memang romantis dan bersemut habis ya pasangan merpati dua sejoli ini.

Foto itu juga mencuri perhatian netizen yang juga tidak menyangka pasangan ini akan mempunyai jodoh bersama.  Tidak kurang juga ada yang memberikan komen yang kurang enak dan mengatakan ketika itu Fattah tidak dipandang kerana masih belum cukup kacak dan popular.

Kalau sudah jodoh tidak kemana. Kami mendoakan agar pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat. Eh, tidak lama lagi genaplah setahun mereka berkahwin kan? Mesti Fattah dan ada kejutan istimewa buat Fazura.

43 responses to Masa Ni Saya Dah Pandang Jodoh Saya Tapi Dia Tak Pandang – Fattah Amin ‘Throwback’ Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan Fazura

  1. Anonymous says:

    Ko adam dan hawa ke. Nk org ingat peristiwa tu.
    Mcmlh dunia ni ko punya.
    Tak habis22 nk throwback. Pengantin basi dah nk buka file cerai ke…puji bini bukan main.

    3

    55
  2. Anonymous says:

    Masa tu fattah dgn sherry ke lofa. Dah pandang pempuan lain

    37

    2
    • Anonymous says:

      Masuk dlm industri nk cari bini artis ke..

      16

      0
    • Anonymous says:

      Masa ni dia dgn sherry. Dh ada org tersayang time ni pon dok pandang perempuan lain. So kau boleh nampak laa fattah ni mulut je manis. Time dgn sherry kau selamanya, dgn lofa wanita terindah, pastu nk try natasha apa entah nama, mira filzah pon ko nak try tp mira x layan. Last2 dgn pajura. Lepas ni xtau laa Kohkoh. Time tgh bahagia mcm2 ayat manis keluar dari fattah. Mcm sebelum2 ni hahha. So kita tunggu dan tgk jeeeee kikiki.

      47

      1
      • Dina says:

        Shooting MCDC awal 2013. Fattah dgn Sherry 2014-2016. Bila masa pulak dia dgn Natasha and Mira Filzah? Dgn Neelofa pun dia kena game.

        33

        3
      • Mariah Careyys says:

        Bkn semua pic kat ig lama fattah ada mira like atau aku salah tgk. Tu dulu kot. Masa mira pun blom hot mcm skrg.

        5

        0
      • Anonymous says:

        apa perasaan awak ye puan..klu org lain doakn perkhawinan awk mcm tu..move onlah..semua ni dah tertulis..klu 10 perempuan fattah couple pon..klu jodoh dia dah tertulis sebegitu..siapa kita nk pertikaikan.. Sherry ikhlas doakn perkhawinan fattah..jaga rumah tangga sendiri puan.

        1

        2
    • Anonymous says:

      Yg dislike mesti fans fattzura. Tapi itulah kebenarannya. Fattah nampak sgt mainkan sherry, sherry beria tunggu fattah meminang tp dia main tarik tali. Pastu dgn lofa, nasib baik family lofa reject. Memang la dah jodohkan. Tp perangai tu jgn mainkan perasaan perempuan lain. Kan dah kena. Nasib baik fazura layan dia tu.

      29

      1
      • Anonymous says:

        Ko sherry ke fan dia?

        3

        1
        • Anonymous says:

          Sy bukan fans sherry ataupun sherry. Tapi sy tgk mcm mana mengharapnya sherry dulu tu. Tp fattah main mainkan dia. Wartawan tanya mesti berdalih n ckp sherry yg tergilakan dia. Sbg seorg perempuan kalau aku dtempat sherry masa tu. Mesti aku terguris. Oh ya. fattah nak org yg cantik n meletop

          15

          0
      • Lady in Red says:

        Masa dgn sheery mmg fattah x ready settle down kut. Ape2 pun diorg je tau wat transpired between them. Bkn jodoh la. Suka tgk sherry sbb dia x gelabah dan redha je walaupun aku rasa dia syg fattah dulu tu. But fattah dgn fazura mcm a good pair skrg. Skrg fattah pndai bergaya dn mantap la bnding kan dulu. Fazura pun dah x gedik dan improved sejak dgn fattah. Allah lebih tahu siapa yg sesuai dgn kita semua ni. Tapi ada satu psgn artis dulu aku ship sgt..handsome couple jugak..but x kekal lama. Yg ni aku doakan semoga jodoh berkekalan.

        8

        8
      • Anonymous says:

        apa yg mainkan hati perempuan..mmg lelaki tak bolehke memilih dan dipilih..perempuan pun sama juga,u juga selagi u masih single u boleh memilih dan terus memilih..xdek istilah mainkan hati orang, u kena move on anggap putus cinta sbg memory u or anggap lelaki tu toxic dlm hidup u sblm jumpa yg lagi bagus..pelik2 perempuan ni dah dgn sorang tu dia ingat akan kekal dgn sorang th jee

        1

        6
        • Anonymous says:

          Kalau memilih, buatlah cara memilih, berkawan je kat semua. jgn bg harapan kat org. Harap awak pun merasa perasaan mcm tu nanti ye…

          8

          0
        • Anonymous says:

          bagi harapan mcm mn tu?mmg org bercinta kalau bole berakhir kawin…tapi u tak bole rasa ke kalau lelaki nak kat u kalau dah 1 tahun ke atas berkawan setiap kali u nk hbgn berkembang lelaki asyik bg alasan perluke tunggu lg lelaki mcm tu?sbb takde pilihan tu yg terpaksa tunggu?last2 tak terpilih,dok ajak member2 kutuk2 lelaki tu, move on lah cari lelaki lain selagi single boleh je memilih yg terbaik untuk kita jgn risau soal umur tu..kwn banyak perlu tapi u kena tengok juga kalau dalam tempoh hbgn tu lelaki tu tak meghala ke arah kawin kena sy good bye

          3

          2
  3. Anonymous says:

    Taklehh pakai fattah ni. Suka berjanji dgn wanita time tgh bahagia. Contohnya lagu ni. Nah aku paste wakakak

    Menjelang hari-hari bahagia kita
    Ku bayang wajah indahmu bersamaku
    Di sisiku kau ukir senyum manis mu
    Kau masih belum milikku lagi
    Sambutlah cintaku duhai sayang
    Cinta kita untuk selamanya
    Biarku sentuh hatimu ini
    Sendiri
    Selamat malam Wanita Terakhir
    Tak mungkin ku kan temu seindah ini
    Sampai bila ku harus menanti
    Untuk kau menjadi milikku
    Ohhhh sayang
    Sungguh sempurna
    Tiada lain ku mahu

    Read more: Fattah Amin – Wanita Terakhir (Neelofa)
    Lyrics | MetroLyrics

    Nahh playboy semua ni hahaha

    23

    1
    • Sekadar mengingati says:

      Allah swt sebaik2 perancang.. ada hikmahnya kenapa neelofa tak dengan fattah dan begitu jugak sebaliknya. Mungkin Allah SWT sudah janjikan terbaik buat mereka. Cinta macam mana pun kalau bukan jodoh tak kan kemana.. & kalau jumpa tak da perasaan kalau dah jodoh lama2 akan ada rasa cinta. kita semua mengalaminya

      15

      3
  4. Alanice says:

    Jodoh pertemuan di tangan Allah

    4

    0
  5. Fan fatahjura says:

    Kau ni Fatah mmg playboy kg pisang tu yg pe’el nmpk pompuan semua nk wat bini..skrg nk sweet ngan bini..ckp je terima kasih lofa sbb rejected aku n aku dpt kahwin ngan Jura n gitu jgk Jura terima kasih lofa sb u takmau Fatah aku kutiplh..hahaha..cantikkn perancangan Allah jodoh xde sape tau..

    22

    2
  6. Juju says:

    Thanks to Lopa..kalau tak Fazura masih tak pandang…lol
    Pernah try Fatiha juga kan waktu berlakon bersama walaupun Fatiha dengan Aiman.
    Apapun Fattah Fazura memang padan.

    8

    1
  7. fatton says:

    drama dah keluar kat astro so terpaksa keluar cerita ni untuk mempopularkan balik diri tu..walaupun cerita lemau. tak per satu drama setahun pun mampu menang abp….pelakon terhebat malaya ni…

    17

    2
    • FA says:

      hebat fattah ni taww kalau digilap lg boleh meletop2 K full package yerr…fattah kena start fikir dgn strategi dah..skrg masanya…
      kalau fikir baik2 susah nk survive dlm industri ni..bkn semua org nak kita berjaya bersinar.. kau jgn lupa nonton drama terbaru fattah taww…;)

      1

      6
      • syakilla says:

        yess..memang hebat lakonannya..lontaran suara yang jelas dan body language yang tepat. setakat syafiq kyle dia tapau, syukry yahya pun bawah level dia. tapi..dalam mimpi le hahaha…

        17

        1
        • FA says:

          jangan jeles nok..mmg ada org luck dia lebih walaupun ko cuba nak upkan org lain melalui sindiran tetap x boleh nak lawan…;)

          0

          6
  8. Anonymous says:

    luv to hear bout these two lovey dovey hubs-wife,kita kena congrats kat mereka for their kemenangan in abp.Ni semua rezeki mereka people peminat mereka vote-lau dah ditakdirkan mereka menang so u all siapa na perkatakan itu ini-jus be nice and belajar mendoakan yg terbaik.apa-apaun well done fattzura and fatta .

    4

    11
  9. bihayung says:

    Sweet berabis eh.. baik jua bamtah inda sampai sama nelopah atu, ambung ah. ngam tah sudahtu jodoh bamtah ok?

    2

    2
  10. Anonymous says:

    Sape la fattah time nie…poket pun nipis..skrg poket tebat so si fajura nmpk la..hahahaha

    7

    0
  11. Jemu jeman says:

    Org dh muak la sweet kau lakibini..org dok tunggu bila bini kau ngandung pulak..tu baru berita sweet.. throwback bagai..alahai…dulu bkn main rahsia2 lg..gi Umrah sama2 lum nikah…ada molek perangai ke tu?? Bkn muhrim bersweet kat tanah suci..buat spekulasi..cukup..cukup..lh tu ..kami dh nk muntah ijou…jaga bini baik2 dh lh kasi dia tutup aurat tu..kau yg jawab nnti tau..

    20

    0
  12. Anonymous says:

    Dah mcm budak wicet bercinta je diorng ni. X habis2 lagi nk jadi sakai..

    18

    1
    • Anonymous says:

      Dah sendu..kne la throwback…huhu..bakat or pencapaian nk tnjuk x da mna sngt..terpaksa la tnjuk adegan2x berlendir diorg..auwwww..

      8

      0
  13. Anonymous says:

    Alahaiiii…ramai nye lah yg nak kutuk Fattah n Fazura. Dah jadi suami isteri yang sah pun. Tak payah lah nak ungkit pasal perempuan2 lain yg korang pun x tau cerita sebenar. Dah Allah berkati masing2 dgn jodoh masing2 dan perjalanan jodoh mereka pun dipermudahkan sangat. So tak payah lah ada yang butthurt sampai nak lawan takdir Allah. Sukahati diaorang lah nak throwback kat IG diaorang sendiri. Tak payah menyebok kalau tak suka.

    4

    7
  14. Bukan dengan sam ke says:

    Bukan ke masa ni pajura claim dia tgh bercinta ngan sam? Kompius jap. Pandang jadah?

    9

    0
    • tipahhhh says:

      Hahaha baru nak ckp, time ni dia claim dia bersinta dgn sam tapi krik2 oleh sam, tu yg syatilla menghamuk even masa tu declare as kawan rapat jurrrrr.. I dont care about fattah sbb dia mmg hot, tapi aku care apsal pompuan cam pajura, syatilla boleh suka si katek sam tu…ha.ha.ha.

      5

      0
  15. Acik onion says:

    Andai takdir jodoh dh jauh dari mata dan hati, sila buat statement ya. Jgn nk putaq2 pulak na…

    0

    0
  16. Anonymous says:

    Kebanyakkan yg komen kata dah jodoh. Move on. So yg ambik laki org, yg kawin 2, yg skandal laki org, yg kawin budak, Kita kena ye kan dan jgn mengata sbb dah jodoh.

    1

    1

Leave a Comment

Optional