Masa Ni Saya Dah Pandang Jodoh Saya Tapi Dia Tak Pandang – Fattah Amin ‘Throwback’ Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan Fazura

Hiburan

Masa Ni Saya Dah Pandang Jodoh Saya Tapi Dia Tak Pandang – Fattah Amin ‘Throwback’ Kali Pertama Bertentangan Mata Dengan Fazura

Benar kata orang, jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. Siapa sangka dahulunya Fattah Amin yang hanya berlakon watak ‘extra’ dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia lakonan Nur Fazura kini sudah menjadi suami kepada aktres jelita itu.

Malah, Fattah sempat memuat naik foto ‘throwback’ saat pertama kali bertentangan mata dengan isteri tercinta sewaktu penggambaran filem tersebut sekitar tahun 2013 dengan kapsyen “Masa ini saya dah pandang dah jodoh saya tapi dia tak pandang saya pun.”

Advertisement

Fazura juga sempat memberikan komen yang agak ‘sweet’. Amboi memang romantis dan bersemut habis ya pasangan merpati dua sejoli ini.

Foto itu juga mencuri perhatian netizen yang juga tidak menyangka pasangan ini akan mempunyai jodoh bersama.  Tidak kurang juga ada yang memberikan komen yang kurang enak dan mengatakan ketika itu Fattah tidak dipandang kerana masih belum cukup kacak dan popular.

Kalau sudah jodoh tidak kemana. Kami mendoakan agar pasangan ini akan kekal bahagia sehingga akhir hayat. Eh, tidak lama lagi genaplah setahun mereka berkahwin kan? Mesti Fattah dan ada kejutan istimewa buat Fazura.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...