Isu Neelofa dan pelancaran turban di kelab malam terkemuka sehingga hari ini masih lagi menjadi perbualan netizen. Ada yang mengecam, menyindir dan turut membuat parodi mengenainya termasuklah daripada beberapa rakan artis sendiri.
Buat penerbit dan pengarah Ahmad Idham Nadzri, tidak adil untuk netizen terus menghentam Neelofa hanya atas satu kesalahan yang beliau lakukan sedangkan selebriti popular itu sebelum ini banyak melakukan kerja amal dan kebaikan terhadap masyarakat. Mengapa hanya keburukan beliau sahaja yang mendapat perhatian?
Ahmad Idham berpendapat, isu tersebut sengaja diperbesarkan oleh mereka yang cemburu dan mempunyai hasad dengki dengan kejayaan Neelofa. Kerana itu bangsa Melayu susah untuk maju.
Bukan hendak menyebelahi mereka yang mengecam, tetapi apa yang berlaku adalah atas kesalahan serta tanggungjawab Neelofa sendiri. Sebab itu sebelum melakukan sesuatu perkara fikirlah baik buruknya dan jangan mengundang fitnah.