May 4th, 2020

Sejak beberapa hari ini, timbul cerita tidak enak mengenai pelakon veteran Ogy Ahmad Daud yang dikatakan telah melarikan diri daripada membayar kru dan pelakon yang terlibat dengan pementasan teater “Korupsi Dewan Semandung”.

teater korupsi dewan senandung

Selepas kisah itu didedahkan dan sampai ke telinga netizen, lebih mengejutkan apabila pelakon wanita itu telah membuat keputusan drastik untuk menyekat kesemua artis yang menjadi tonggak dalam pelaksanaan projek tersebut di laman Instagram.

Antara penggiat seni yang merasai tempiasnya ialah Khir Rahman, Man Raja Lawak, Mark Adam, Syura, Vicha dan ramai lagi pelakon lain.

ogy ahmad daud sekat instagram kru teater korupsi dewan senandung ogy ahmad daud sekat instagram kru teater korupsi dewan senandung ogy ahmad daud sekat instagram kru teater korupsi dewan senandung

Disebabkan oleh berita tersebut, Zarina Anjoulie atau pun Anju telah memuat naik satu video baru di laman media sosialnya bagi mengulas lanjut mengenai tindakan pelakon veteran itu yang lari daripada tanggungjawabnya.

Malahan dia mempersoalkan bagaimana Ogy Ahmad Daud beria mahu mengeluarkan saman kepadanya tak lama dahulu walhal tiada duit langsung untuk membayar kudrat yang ditaburkan oleh semua yang terlibat dengan teater “Korupsi Dewan Semandung”.

Bukan itu sahaja, Anju juga sempat memerli Azrul yang pernah ditangkap mengatanya bersama Ogy beberapa minggu lepas namun akhirnya ditikam belakang oleh pelakon wanita itu.

 

View this post on Instagram

 

Aku gelak tak habis padan muka padan muka padan muka ?

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1) on

Malahan bukan sahaja Anju tetapi rata-rata netizen menyelar tindakan tidak bertanggungjawab Ogy kerana menipu rakan-rakan artis yang membanting tulang bagi menjayakan pementasan teater yang dikelolakan olehnya itu.

Tak kurang juga, ramai yang ‘back-up’ Anju dan mengatakan bahawa ini adalah balasan kepada pelakon veteran tersebut kerana cuba menutup periuk nasi dan cuba mengeluarkan saman kepada wanita ini tidak lama dahulu.


5 responses to ““Masa Nak Saman Aku, Ada Pula Duit” – Zarina Anjoulie Perli Ogy Ahmad Daud”

  1. Zali Al-Miami says:

    Demikianlah sisip kehidupan menempuh dunia yg tonggang-terbalik….yeaaazassss

  2. Anonymous says:

    Realiti hidup ni tersangatlah berbeza dgn drama tv…sekian ucapan dari mak bedah kpd anak gadisnya.

  3. aida wan says:

    Salam Ramadhan.. Bertabahlah Setiap ujian Allah bersebab.. Bab Rezki pun mcmtu jugak.. Berilah peluang.. Mungkin Ogy ada masalah kewangan.. Bagi sikit waktu… Hidup mcm roda.. Pusingan tu mgkin belum kena pada kiter.. Dgn Convid 19yg membataskan segalanya.. Kauorg artis kena faham perjalanan hidup.. Artis tak gitu? Patut simpati.. Bukan menghina.

  4. apis says:

    macam ni la anju…kalau nak tegur boleh..takde masalah..tapi ko pun kena jugak muhasabah diri…bila orang tegur pun kena terima jugak. bukan maki hamun org tu balik…maksudnya, bila ko berani tegur org lain, ko pun KENA berani terima teguran orang lain jugak dgn hati yg terbuka…in case u read this anju, salam ramadan…no hate.

  5. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    bersabar la semua pelakon2 yg kena tipu ya semoga Allah membalas pada orang yg menipu tu ..semoga di murahkn rezeki yg melimpah luah pada pelakon2 semua Aamin..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...