“Masa Memandu Tak Boleh Fokus, Berangan, Cuai, Paranoid, Anxiety Semua Ada” – Sharifah Sakinah

Hiburan

“Masa Memandu Tak Boleh Fokus, Berangan, Cuai, Paranoid, Anxiety Semua Ada” – Sharifah Sakinah

Pelakon Sharifah Sakinah kini dalam rawatan untuk penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya. Penghidap penyakit ini kebiasaannya mengalami masalah kurang daya tumpuan dan hiperaktif.

Sharifah Sakinah
2 bulan lalu

"Asal Semua 'Tag' Kita 'Player' 067 Dan 212, Apakah Itu?" - Sharifah Sakinah

Advertisement

Sakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata disebabkan gangguan yang dihadapinya itu, Sakinah mengambil keputusan tidak memandu kereta kerana sering hilang fokus.

Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah berkongsi sebuah foto gambaran bagaimana risiko bagi seseorang yang menghidapi ADHD sekiranya memandu.

Advertisement

Orang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk tidak memandu lagi. Saya boleh memandu dan mendapat lesen yang sah malah saya dah memandu selama 6 tahun. Tapi orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.

Sakinah, 32, berkata tujuannya berkongsi hal ini bagi menangkis dakwaan orang sekeliling yang melabelkan dirinya terlalu manja dan malas kerana tidak mahu memandu.

Sharifah Sakinah

Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu menjelaskan semasa memandu dia tidak boleh fokus, berangan, cuai, paranoid, anxiety semua ada. Sakinah lebih memilih untuk menaiki Grab atau minta orang lain memandu walaupun tidak selesa seperti memandu kenderaan sedniri.

Duduk jadi passenger pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain.

Terdahulu, Sakinah memberitahu telah pun menyedari penyakit itu selepas tamat persekolahan. Katanya lagi, dia mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan dan sukar untuknya fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

3 Comments

  1. KINSAH KAU SENDU

    October 28, 2021 at 5:13 pm

    we dont need to know lah kinah. you berada di luar negara dengan boyfriend awak sekarang lantak kau lah nak jadi apa, nak buat apa. sendu!

  2. anonymous

    October 27, 2021 at 4:57 pm

    attention seeker thats what you are… trashhh

  3. Anonymous

    October 27, 2021 at 1:00 pm

    tolong surrender balik lesen memandu kamu pd kerajaan. walaupun cakap tak memandu, tak tahu bila tiba2 kamu akan memandu dan membahayakan kami pengguna jalanraya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...