“Masa Maryam Lahir Tak Ada Perasaan Macam Ni Ke?” – Kongsi Detik Isteri Bersalin Normal, Fizo Diperli Netizen

Hiburan

“Masa Maryam Lahir Tak Ada Perasaan Macam Ni Ke?” – Kongsi Detik Isteri Bersalin Normal, Fizo Diperli Netizen

Pelakon Fizo Omar dan isteri, Fazeera Nazri Azrai menyambut kelahiran bayi mereka Sabtu lalu.

Menerusi Facebook dan Instagram, Fizo ada berkongsi tentang proses kelahiran yang dilalui oleh isterinya itu.

Advertisement

2 bulan lalu

Dikecam Promosi Forex, Netizen Pertikai Fizo Omar & Wak Doyok Tak Tahu Halal Haram

Jelasnya, dia menyaksikan keperitan isterinya selama 10 jam menahan kontraksi dan hampir 3 jam melalui proses meneran puteri sulung mereka berdua.

Perkara itu membuatkannya mengalir air mata dan turut menggigil ketika disuruh untuk potong tali pusat bayi mereka.

Bagaimanapun, perkongsian Fizo tidak disenangi oleh semua pihak dan ada juga individu yang memberikan komen kurang enak dibaca.

Individu tersebut seperti tidak berpuas hati dan memberikan komen ‘bitter’ tentang apa yang dikongsikan oleh bapa dua anak itu di Facebook.

Individu tersebut seperti memerli Fizo tidak menghargai detik bersalin dilalui oleh bekas isterinya, Mawar Karim ketika melahirkan anak perempuan mereka, Maryam.

Macam tak pernah ada anak je. Habis masa Mariam lahir tak ada perasaan macam ni ke?”

Namun, Fizo kemudian memberikan komen ‘padu’ terhadap individu berkenaan dan menjelaskan ia merupakan pengalaman pertamanya melihat proses bersalin normal, tidak sama seperti bekas isterinya yang melahirkan melalui proses czer.

Fizo juga sempat berpesan kepadanya untuk simpan komen dan ‘vibe’ negatif sebegitu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...