Masa Kecik Ingatkan Guna Untuk Panjat Keatas,Rupa-Rupanya Zaman Kanak-Kanak Kita Silap Semua!

Kehidupan

Masa Kecik Ingatkan Guna Untuk Panjat Keatas,Rupa-Rupanya Zaman Kanak-Kanak Kita Silap Semua!

Masa kita kecil dahulu, taman permainan merupakan sebuah syurga untuk kanak-kanak yang tidak akan dilupakan kerana banyak permainan yang boleh kita main bersama kawan-kawan pada waktu petang.

Adakah anda ingat selalunya di taman permainan terdapat satu tiang pusing-pusing bersebelahan dengan gelongsor? Fungsinya untuk apa?

Advertisement

Rata-rata antara kita akan menggunakan tiang tersebut untuk panjat keatas bagi memudahkan mereka menaiki gelongsor dan tidak payah menggunakan tangga.

Sebenarnya tiang pusing-pusing yang kita main itu bukan gunanya untuk naik keatas, tetapi turun ke bawah. Cara kita main dahulu salah kerana tiada panduan yang disediakan sebelum menggunakannya.

Manalah kita nak tahu dari dahulu lagi kerana tiada panduan dari mak ayah kita pun, main sahaja dengan kawan, ikut cara mereka.

Sebuah syarikat sebelum ini telah mengeluarkan video mengenai permainan tiang pusing-pusing dengan cara yang betul agar anak-anak mereka semua tahu bagaimana untuk menggunakannya tetapi video tersebut tidak mendapat sambutan.

Sehingga baru-baru ini seorang lelaki di dalam media sosial telah memaparkan cara yang betul kepada seorang kanak-kanak perempuan dan semua orang di dalam sebuah video dan kini telah menjadi tular.


Beliau telah menunjukkan cara untuk menggunakan tiang ini dengan sangat mudah. Dimana anda semua perlu letakkan satu kaki di diatas lingkaran atas dan yang lain di bawah. Seterusnya, anda hanya perlu duduk dan turun sendiri mengikut arah graviti ke bawah.

Video ini telah dimuatnaik di laman Facebook Singaporing.com membuatkan ramai orang terkejut dan baru tahu cara untuk main tiang tersebut.

Lepas ini, minta maaf dahulu kepada anak anda dan ajar balik cara main tiang ini. Pasti comel!

 

Sumber: Facebook

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...