Pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli ataupun Jejai, umum mengetahui pelakon Nora Danish dan bekas suaminya itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Putra Rayqal.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran putera sulungnya itu yang ke 10 tahun, Nora menerusi akaun Instgramnya memberi ucapan yang sangat panjang.
Nora mengimbas kembali saat-saat sukar ketika hamil dan bersalin tanpa seorang suami di sisi. Bagaimana beliau harus mengharungi pelbagai dugaan dengan hati yang rapuh.
Nora dan Jejai berkahwin pada 20 Jun 2006 dan berpisah pada 2008 ketika usia kandungannya mencecah tiga bulan dengan talak dua.
Betapa tabahnya seorang ibu demi anak tercinta. Meskipun dulu terpaksa melalui pengalaman hamil seorang diri, kini Nora, Jejai dan bekas mertuanya masih menjalinkan hubungan yang baik dan rapat. Harapnya silaturahim yang terjalin kekal selamanya.