“Masa Dia Buat Rawatan, Serangan Jantung Datang” – Ameng Kongsi Keadaan A Aida, Darah Beku Di Jantung & Paru-Paru

Hiburan

“Masa Dia Buat Rawatan, Serangan Jantung Datang” – Ameng Kongsi Keadaan A Aida, Darah Beku Di Jantung & Paru-Paru

Semalam, industri hiburan dikejutkan dengan berita pengarah dan penerbit, Datuk A Aida dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.

Bekas suaminya, penyanyi Ameng tampil berkongsi tentang apa yang diketahuinya setakat ini berhubung keadaan A Aida selepas dikhabarkan terpaksa ditidurkan.

Advertisement

Dia buat pembedahan lutut dengan memasukkan gel. Tapi saya tengok sebelum ini dia masih boleh berjalan. Cuma dia mungkin mahu mencegah masalah itu daripada awal.

Ameng

Tambah penyanyi berusia 56 tahun tersebut, berlaku komplikasi secara tiba-tiba dan dia sendiri tidak tahu bagaimana ia berlaku.

Mungkin dia (Aida) dah nak sakit sebab sekarang ia serang jantung dan paru-paru. Ada darah beku di jantung dan paru-paru. Saya tak pasti tapi mungkin agaknya dia dah ke arah nak sakit jantung. Cuma kebetulan masa dia buat rawatan lutut itu, serangan jantung datang.

A Aida

Ameng turut menambah tekanan oksigen A Aida juga rendah dengan bacaan sekitar 30 hingga 35 dan turut berkata pihak media boleh bertanya kepada anak sulung mereka, Wan Az Aleesa untuk tahu lebih lanjut.

Apa-apa butiran lanjut boleh tanya Leesa (Wan Az Aleesa). Kasihan pula kat Aida sebab masa dia bedah lutut itu, elok lagi. Leesa hantar gambar dia berbual dengan doktor dan doktor kata peminat saya. Nampak elok saja Aida di sebelah.

Ameng dan A Aida mendirikan rumah tangga selama sembilan tahun suatu ketika dahulu dan dikurniakan dua anak, Wan Az Aleesa, 29, dan Wan Azeva Natassha, 24.

a aida icu
2025-09-25 16:51:14

Rebah & Muntah Selepas Fisioterapi, A. Aida Kini Ditidurkan Di ICU - "Semalam Dia Sihat.."

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...