Adakah kerjaya pengaturcara manusia (programmer) bakal lenyap ditelan zaman? Di acara LlamaCon yang sedang berlangsung, CEO Microsoft Satya Nadella mendedahkan satu fakta mengejutkan di mana antara 20 hingga 30 peratus kod di Microsoft kini dihasilkan oleh kecerdasan buatan (AI).
Pendedahan ini dibuat sebagai jawapan kepada soalan yang dilontarkan oleh Mark Zuckerberg dalam acara itu baru-baru ini, memetik Techcrunch.

Namun yang menarik, apabila soalan sama diajukan semula oleh Satya kepada Zuckerberg, pengasas Meta itu mengaku beliau sendiri tidak pasti angka sebenar di syarikatnya.
Tapi tak lama selepas itu, dalam podcast bersama Dwarkesh Patel, Zuckerberg mendedahkan bahawa beliau menjangkakan majoriti kod di Meta – khususnya yang melibatkan pembangunan dan kajian Llama akan ditulis oleh AI dalam tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang.
Kenyataan ini memperlihatkan hala tuju jelas kedua-dua syarikat teknologi gergasi: masa depan pembangunan perisian akan dipacu oleh AI, bukan lagi sepenuhnya oleh manusia.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.