“Masa Dating Waktu Bertunang Saya Hisap Dad*h, Isteri Cool, Tak Complain” – Ameng Kongsi Fasa Gelap Sebelum ‘Clean’

Hiburan

“Masa Dating Waktu Bertunang Saya Hisap Dad*h, Isteri Cool, Tak Complain” – Ameng Kongsi Fasa Gelap Sebelum ‘Clean’

Penyanyi kumpulan Spring, Ameng, membuka kisah hitam perjalanan hidupnya ketika mengenali dan bercinta dengan isterinya, Sabariah Zakaria, dalam sesi temubual di DOLS Podcast.

Menurut Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, ketika bertemu Sabariah dua hingga tiga tahun selepas bercerai dengan isteri pertamanya, dia masih bergelumang dengan najis dadah.

Advertisement

Selepas saya bercerai dengan yang pertama, dua tiga tahun selepas itu saya jumpa dengan Sabariah.
Masa itu dadah tak habis lagi.

Ameng mengakui dia terkejut apabila melihat Sabariah kekal tenang dan tidak pernah memarahinya walaupun sedar dia masih ketagih dadah.

Masa bertunang dating, saya isap dadah.
Saya tengok dia ni cool… relaks, tak ada complain.

Dia tak judge kita. Itu yang buat saya terfikir, bolehkah saya kahwin dengan budak ni?
Jadi saya kahwin dengan dia.

Selepas mendirikan rumah tangga, ketagihan dadah Ameng tidak serta-merta hilang. Malah, dia membawa rakan-rakan yang turut menagih ke rumah  sesuatu yang membuatkan Sabariah hanya mampu berdoa.

Saya kahwin pun saya macam tu. Kawan-kawan hisap dadah dalam rumah. Bini saya kat bawah, baca Yassin… masa kita dah hisap barang dua tiga orang. Bila turun bawah nak ambil air, isteri saya tengah baca Yassin. Bayangkan.

Situasi itu membuatkan Ameng sering tersentak, dihantui rasa bersalah kerana kehidupan gelapnya bertentangan dengan ketabahan dan kesabaran isterinya.

Bukan Berhenti… Cuti Seminggu Sahaja

Ameng mengaku pernah mencuba untuk berhenti, tetapi percubaannya tidak bertahan lama.

Memang selalu terasa nak berhenti. Saya pernah berhenti… tapi bukan jadi berhenti, jadi cuti.
Seminggu tak hisap.

Pada 12 April 2011, Ameng dijatuhi penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka atas kesalahan berkaitan dadah.

Beliau pernah berkahwin dengan penerbit drama Datuk A. Aida pada 1995 sebelum berpisah pada 2003.
Kemudian berkahwin dengan Sabariah dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Ammar Haikal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-11-20 14:42:53

"Gentleman, Cara Bercakap Pun Matang.." - Netizen Puji Cara Zain Saidin Bimbing Rozita Che Ta, Kemudi Rumah Tangga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...