Seorang pengamal perubatan Islam telah berkongsi kisah mengenai sepasangan suami isteri yang datang untuk mendapatkan rawatan.
Menerusi perkongsian tersebut, pasangan yang telah berkahwin selama 2 tahun itu dipercayai tidak dapat ‘bersama’ kerana isteri seolah-olah terhalang dari ‘dimasuki’ suami.
Difahamkan, suami yang berusia lingkungan 30 tahun itu dan isteri yang berusia akhir 20an itu juga telah membuat pemeriksaan doktor pakar.
Namun, hasil pemeriksaan mendapati mereka berdua tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan dan keadaan fizikal isteri juga normal seperti wanita lain.
Apa yang mengejutkan, selepas disoal siasat oleh pengamal perubatan Islam, isteri mendedahkan dia kerap mendapat mimpi ‘bersama’ dengan individu yang tidak dikenali sewaktu zaman bujang dahulu.
Bila terjaga dari tidur kedua belah kaki berada dalam posisi terbuka dan lutut dilipat.
Bukan itu sahaja, si isteri turut mendapati seluar yang dipakai didapati terbuka selepas terjaga dari tidur.
Semuanya berlaku tanpa sedar dan tak dapat diingati langsung bagaimana dan bila pakaiannya dibuka.
Semasa mendapatkan rawatan, pengamal perbatan berkenaan menceritakan si isteri menangis sepanjang doa dibacakan sehingga akhirnya termuntah.
@alims_27 “Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya.” (HR Bukhari). – #bismillah #alims #usahahidupbermanfaat #rawatanislam #kesembuhanhanyamilikallah
? original sound – Azlina Samat – Azlina Samat TAILOR@CIKGUJAHIT
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.