“Masa Bercinta Jadi Pak Ustaz, Dah Putus Jadi Mat Hip Hop” – Zarina Anjoulie

Hiburan

“Masa Bercinta Jadi Pak Ustaz, Dah Putus Jadi Mat Hip Hop” – Zarina Anjoulie

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie memaklumkan dia kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta bersama kekasih hati terbarunya sejak setahun yang lalu.

Zarina Anjoulie pilih pasangan stabil

Ujar Zarina, selain bahagia, dia juga memilih untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki yang lebih stabil.

Advertisement

Saya tidak boleh bersama dengan lelaki satu hari dia ingin menjadi ustaz, kemudian ingin jadi (penyanyi) hip hop. Apabila bercinta jadi ustaz, bila putus jadi hip hop.

Dia sendiri tidak tahu apa yang dia inginkan. Jadi saya ingin bersama dengan seseorang yang stabil.

Perlu bersama dengan orang yang normal dan bukan gila ‘glamor’

Tambahnya lagi, dia juga menegaskan bahawa perlu untuk dirinya bersama dengan orang yang normal dan tidak gilakan publisiti.

@zarinaanjoulie_

@Dherbs Terlajak Laris @DHERBS HOLDING HQ di jepun

? original sound – zarinaanjoulie_ – zarinaanjoulie_

Seseorang yang apabila putus saja tidak terus memberitahu kepada wartawan.

Terdahulu, Zarina pernah menjalinkan hubungan cinta bersama seorang ahli perniagaan bernama Datuk Khazrul Elzey.

Kisah percintaan keduanya mendapat liputan gara-gara Zarina dan Khazrul sering bertikam lidah di media sosial selain mendakwa percintaan yang dibina itu hanyalah sekadar meraih publisiti semata-mata.

Seingat saya, saya seorang yang popular. Kenapa saya perlukan pertolongan seseorang yang tidak popular untuk popular.

Saya keluar saja rumah semua orang ingin bergambar dengan saya. Syukur Alhamdulillah peminat menghargai saya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zainol Macwilson
7 months ago

"Stay Safe & Awasi Manusia Toksik" - Nasihat Bapa Zahirah Macwilson Jadi Tumpuan Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...