MAS Umumkan Kehilangan Pesawat MH370 Ke Beijing, Usaha Mencari Dan Menyelamat Sedang Dilakukan

Trending

MAS Umumkan Kehilangan Pesawat MH370 Ke Beijing, Usaha Mencari Dan Menyelamat Sedang Dilakukan

Dalam satu kenyataan pukul 11.05 pagi yang dikeluarkan oleh Sistem Penerbangan Malaysia (MAS), Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Ahmad Jauhari Yahya, memaklumkan yang syarikat itu telah hilang semua bentuk hubungan dengan penerbangan MH730 yang berangkat dari Kuala Lumpur ke Beijing pada jam 12.41 tengah malam tadi.

Pesawat itu dijadual mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada 6.30 pagi dan Kawalan Trafik Udara Subang hilang hubungan dengan pesawat itu pada jam 2.40 pagi.

Advertisement

Penerbangan MH370 itu dikendalikan dalam pesawat Boeing B777-200.

Pesawat itu membawa penumpang berjumlah 239 orang termasuk krew—yang terdiri dari 227 orang penumpang termasuk 2 bayi dan 12 orang anggota krew. Penumpang terdiri dari individu *14 negara:

ALeqM5jvQi_eFuWvpyIUjxZ2yH9_GXpd4w

Gambar fail: AFP

15. China – 152 + 1 bayi
16. Malaysia – 38
17. Indonesia – 12
18. Australia – 7
19. France – 3
20. United States of America – 3 orang + 1 bayi
21. New Zealand – 2
22. Ukraine – 2
23. Canada – 2
24. Russia – 1
25. Italy – 1
26. Taiwan – 1
27. Netherlands – 1
28. Austria – 1

Penerbangan ini berkongsi kod dengan China Southern Airlines.

Penerbangan ini diterajui oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, warga Malaysia berusia 53 tahun. Menyertai MAS pada 1981, dia telah mengoperasikan penerbangan berjumlah 18,365 jam.

Pembantu Juruterbang, Fariq Ab.Hamid, warga Malaysia berusia 27 tahun. Jumlah masa penerbangan beliau ialah 2,763 jam setelah menyertai MAS pada 2007.

Penerbangan Malaysia buat masa ini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah menubuhkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan lokasi pesawat tersebut.

Pasukan mereka juga sedang menghubungi ahli keluarga penumpang dan krew.

Fokus syarikat itu ialah untuk bekerja dengan pemberi respon kecemasan dan pihak berkuasa bagi mengerakkan sokongan penuhnya.

Orang ramai boleh menghubungi talian +603 7884 1234 untuk maklumat lanjut.

*kemaskini 12.00 PM 8/3/2014

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...